NAMA AHLI KUMPULAN :
1) Mohammad Syazwan Bin Sopian 236843
2) Anandraj Udayaar A/L Thangaraj 230417
3) Ahmad Mubarak Bin Hashim 236768
4) Md Lezam Bin Nasir 235808
5) Leilani Binti Ahmad Suryanto 236823
Usahawan Yang Berjaya
Saturday, 30 July 2016
ANAQEEM AGRICULTURE
LATAR
BELAKANG USAHAWAN
NAMA: Azatul Kamarul Ariffin
Bin Hassan
TEMPAT TINGGAL: Tanjung
Malim, Perak Darul Ridzuan
ASAL: Pendang, Kedah Darul
Iman
UMUR: 35 tahun
STATUS: Berkahwin dan mempunyai
3 cahaya mata
Tuan Kamarul ada pemilik
tunggal kepada syarikat Anaqeem Agriculture yang berpusat di Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan. Syarikat ini mula ditbuhkan pada tahun 2013. Syarikat
beliau menjual berbagai jenis bahan input pertanian yang di gunakan untuk
aktiviti pertanian. Selain itu juga, syarikat beliau ada memberikan servis
nasihat dalam penggunaan bahan input dengan cara yang produktif.
Tuan Kamarul adalah keluaran
dari Universiti Teknologi Mara(UITM)
yang pada ketika itu lebih di kenali sebagai Institut Teknologi Mara(ITM).
Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah Beruas
dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Raja Shahriman Beruas. Seterusnya
beliau meningkatkan pendidikan beliau di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Operasi di ITM. Kemudian beliau meneruskan pendidikan ke peringkat
yang lebih tinggi iaitu Master Pentadbiran Perniagaan.
PENGALAMAN
USAHAWAN
Selepas tamat pendidikan,
Tuan Kamarul mendapat pekerjaan di bidang lojistik dan memegang jawatan sebagai
Pembantu lojistik di syarikat Seksun Precision di Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan. Beliau bekhidmat di dalam tersebut selama 1 tahun bermula tahun 2004
hingga 2005. Selepas berkhidmat dengan syarikat ini, beliau beralih arah pula
kepada bidang perladangan. Beliau berkerja di Kuala Lumpur Kepong
Plantation Sdn Bhd(KLK Plantation) dan
bertugas di Ladang Changkat Asa yang terletak di Tanjung Malim.
Semasa bertugas di syarikat
ini, beliau menggalas tanggungjawab yang besar dengan memegang jawatan sebagai
penolong pengurus dan ladang tersebut. Beliau telah berkhidmat dengan KLK
Plantation selama lima tahun bermula 2005 sehingga 2010. Tugas beliau adalah
untuk merancang dan mengatur pergerakan kerja di ladang beliau dan
memaksimumkan hasil. Produk utama di syarikat tersebut adalah penanaman sawit
dan getah. Oleh sebab itulah beliau menggalas tanggungjawab yang besar iaitu
memastikan pencapaian hasil yang tinggi dengan perancngan kerja yang produktif,
Sewaktu di ladang inilah
bermulanya minat beliau untuk menceburi bidang pertanian dengan lebih mendalam.
Ini kerana bidang pertanian adalah sebuah bidang yang menarik dan kurang di
gemari oleh golongan belia – belia di Negara kita atas sebab suasana kerja yang
kurang selesa dan tertekan. Di dalam ladang ini juga beliau mengalami kenangan
pahit di mana pengalaman beliau sewaktu mengalami kejatuhan prestasi.
Semasa penyelian beliau,
kawasan ladang beliau tidak mencapai sasaran hasil atas faktor faktor tertentu
yang berpunca daripada kualiti sumber bahan input pertanian. Dari sinilah
bermulanya minat beliau untuk mendalami ilmu berkenaan input pertanian. Beliau
beralih arah kepada syarikat Bayer yang menggalas jawatan sebagai Eksekutif
Pengembangan Pasaran.
Sewaktu beliau menceburi
bidang ini, beliau terpaksa mendapatkan ilmu yang sehabis mungkin dalam
menguasi karier beliau. Beliau mendapatkan latihan secara tidak rasmi dengan
pakar – pakar sains berkenaan dengan racun, baja dan lain – lain yang berkait
rapat dengan bahan input pertanian. Beliau mengambil masa yang agak panjang
untuk menguasai ilmu ini kerana bidang sains memerlukan pemahaman yang tinggi
untuk menghasilkan sesuatu keluaran yang berkualiti tinggi.
Beliau mendapatkan pengalaman
dalam bidang ini dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi beliau di
syarikat Bayer. Beliau perlu mengembangkan pasaran produk Bayer ini dengan
penetapan kawasan yang telah di arahkan. Beliau mempunyai jajahan yang
merangkumi kawasan timur dan utara. Tugas beliau perlu meluaskan pasaran produk
ini ke serata timur dan utara.
Dengan pengalaman beliau di
dalam bidang perladangan, beliau mempunyai pengaruh yang agak memberansangkan
di dalam kalangan kontraktor dan pengurus – pengurus ladang baik swasta mahupun
kerajaan. Beliau menggunakan kelebihan ini untuk mempromosikan produk Bayer
kepada kontraktor – kontraktor dan pengurus – pengurus yang berkaitan dengan
produk mereka. Di sinilah bermulanya kenaikan prestasi beliau yang memuncak
apabila berjaya meluaskan pasaran ke serata timur dan utara.
Di saat ini, bermulalah
kecenderungan beliau terhadap perniagaan bahan input pertanian. Beliau telah
tertarik dengan perniagaan ini atas sebab ingin memberikan produk dan servis
yang berkualiti kepada petani – petani, pekebun – pekebun dan ladang – ladang
yang sebelum ini di monopoli oleh kaum bukan bumiputera. Beliau ingin
memberikan produk dan servis kepada mereka yang inginkan produk yang berkualiti
untuk mengelakkan mereka di tindas oleh pembekal yang kurang berhemah. Maka
wujudlah syarikat Anaqeem Agriculture. Beliau telah meletakkan jawatan atas
sebab ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penubuhan syarikat beliau.
PENGENALAN
SYARIKAT
NAMA SYARIKAT : ANAQEEM AGRICULTURE
NO. PENDAFTARAN : IP0401050-W
JENIS PERNIAGAAN : PERSENDIRIAN
/ TUNGGAL
TARIKH PENDAFTARAN : 02
DISEMBER 2013
ALAMAT BERDAFTAR : NO.
2, MARGOSA D/2
SERI MARGOSA
BANDAR SERI BOTANI
31350
IPOH
PERAK
ALAMAT PERNIAGAAN : NO.
16, JALAN WANGSA JAYA 8
TAMAN
WANGSA JAYA
35900
TANJUNG MALIM
PERAK
NO. TEL : 05-4582977 / 019-6990648
Perniagaan ini telah
dijalankan di atas nama : ANAQEEM AGRICULTURE
Di tubuhkan bertarikh pada :
01 DISEMBER 2013
Beralamat di : NO. 2, MARGOSA
D/2 SERI MARGOSA,
BANDAR SERI BOTANI, 31350 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN.
Syarikat ini di terajui oleh
: AZATUL KAMARUL ARIFFIN BIN HASSAN
Syarikat ini juga telah
berdaftar dengan : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
OBJEKTIF
ANAQEEM BERSATU
·
Adalah
untuk menjadi pembekal dan kontraktor bumiputera yang berdaya saing;
·
memberikan
perkhidmatan yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi kehendak dan keperluan
pelanggan.
PERMULAAN
SYARIKAT
Sewaktu permulaan
syarikatnya, beliau cuba mencari kawasan yang strategik untuk di jadikan
sebagai pusat beliau dalam penubuhan syarikat beliau. Beliau menyewa sebuah
kedai untuk di jadikan sebagai pejabat dan kedai penjualan produk – produk
beliau. Perniagaan beliau ini sejenis perniagaan milikan tunggal. Maka sebarang
keputusan untuk apa – apa kerja berkaitan dengan syarikat beliau boleh di
berikan oleh beliau sepenuhnya kerana syarikat ini di miliki oleh beliau
sepenuhnya
Syarikat beliau mengamalkan
cara pendekatan dengan pelanggan. Beliau berkunjung ke ladang – ladang, kampung
– kampung dan kontraktor – kontraktor untuk memasarkan produk beliau. Beliau
menggunakan cara berkomunikasi yang baik dalam mendekati pekebun kecil dan
orang kampong. Di dalam masa sama, beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk
memperkenalkan syarikat beliau untuk meningkatkan permintaan ke atas produk –
produk input pertanian yang beliau pasarkan.
Beliau menjadi sebagai orang
tengah yang memasarkan produk – produk bahan pertanian daripada pelbagai
pengeluar bahan – bahan input pertanian yang. Cara ini banyak di gunakan
usahawan – usahawan yang berkecimpung dalam penjualan bahan – bahan input pertanian.
Mereka mengambil kentungan dengan cara komisen ke atas produk yang mereka
dapatkan secara borong atau jumlah yang lebih besar dengan harga yang berbeza
dan murah. Melalui inilah pengusaha kedai racun atau baja memperoleh
keuntungan.
PENINGKATAN
PERNIAGAAN
Secara dasarnya, bahan input
pertanian adalah keperluan yang berulang – ulang. Ini bermaksud permintaan ke
atas bahan – bahan tersebut akan berulang dan meningkat. Namun permintaan
tersebut bergantung dengan kualiti produk tersebut. Oleh sebab itu, beliau
mendapatkan produk yang berkualiti daripada pengeluar – pengeluar yang
berkualiti dan rekod yang baik. Ini untuk mengekalkan pelanggan yang pernah
membeli produk – produk terpilih di kedai beliau.
Selain itu juga, beliau
memberikan servis penerangan atau ceramah sewaktu mempromosikan produk – produk
di kedai beliau. Ini kerana beliau menggunkan sehabis mungkin penglaman beliau
sewaktu bekerja di syarikat Bayer. Beliau juga memberikan servis dan tunjuk
ajar kepada pembeli – pembeli produk di kedai beliau. Ini salah satu langkah
dalam pengembangan dan peningkatan perniagaan beliau. Apabila pengguna produk
beliau menggunakan cara yang betul, kesan daripada penggunaan produk beliau
menjadi jelas dan memberi kepuasan kepada pengguna. Dengan servis ini, produk
beliau mendapat kepercayaan di kalangan pengguna.
Beliau juga memberikan servis
nasihat kepada pengusaha ladang untuk penggunaan produk di kedai beliau.
Apabila produk beliau dapat menembusi pasaran di kalangan kontraktor dan ladang
maka permintaan produk beliau akan bertambah kepada jumlah lebih besar. Setiap
ladang akan melakukan kerja – kerja penyelenggaraan seperti membaja, meracun,
kawalan penyakit, kawalan serangga dan sebagainya. Namun, untuk kerja – kerja
ini khidmat nasihat daripada pakar di perlukan kerana setiap kerja
penyelenggaraan mempunya bahan yang berbeza. Contohnya racun untuk kawalan
serangga perosak. Serangga perosak yang boleh memberi kesan kepada pokok dan
hasil dalam sekala besar adalah serangga ulat bungkus. Serangga ini boleh bertelur
150 biji dalam masa 2 minggu.
Racun yang dapat menghapuskan
serangga ini berada di kelas pertama di mana ia boleh memudaratkan kepada alam
semesta dan manusia. Khidmat beliau akan di guna pakai dalam memberi tunjuk
ajar serta pemantauan untuk penggunaan racun tersebut mengikut kadar – kadar
yang tertentu. Melalui ini, beliau dapat melariskan produk yang berada di kedai
beliau dan dalam masa yang sama pengjualan produk beliau akan berlaku secara
serentak dan dalam jumlah yang besar.
PERSAINGAN
DI DALAM PASARAN
Kedai bahan – bahan input
pertanian banyak boleh di jumpai di seluruh Negara kita. Ini adalah faktor
luaran yang memberi persaingan kepada beliau untuk bersaing secara sihat dalam
memajukan perniagaan beliau. Persaingan ini berlaku apabila perbezaan harga
yang di gunakan oleh sesetengah kedai di luar pengawasan. Majoriti pengguna
kita lebih menjurus atau mengutamakan harga yang lebih murah. Di sinilah
persaingannya yang boleh mempengaruhi jualan produk di kedai beliau.
Ada sesetengah pembekal yang
tidak beretika membekal barang – barang tiruan untuk di jual dengan harga
murah. Ini akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna terutamanya orang –
orang kampung. Persaingan ini di selesaikan dengan memastikan produk beliau
berada di tahap yang berpatutan harganya dan kualiti yang maksimum. Beliau akan
memberi penerangan kepada pengguna tentang cara – cara mengenal pasti bahan –
bahan input pertanian dengan betul. Ini adalah sebahagian daripada pengalaman
beliau sewak bekerja di syarikat perladangan dan syarikat Bayer. Masalah ini
tidak dapat di selesaikan sepenuhnya namun ia mempengaruhi pasaran produk di
kedai beliau yang masih mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.
Selain itu juga, faktor
dalaman juga salah satu persaing yang boleh menjejaskan pengembangan dan
peningkatan sesebuah syarikat. Apa yang telah di alami oleh beliau adalah
sesuatu yang di luar jangkaan di mana terjadi satu penipuan yang di mulakan
oleh pekerjanya sendiri. Pekerja beliau telah berlaku pecah amanah yang boleh
memberikan kerugian kepada syarikat beliau. Ini adalah satu pesaing yang boleh
menggugat prestasi syarikatnya. Selain itu juga, kita perlu mendapatkan pasukan
dalaman yang kuat dari segi mental dan fizikal dalam bersaing di peringkat
pasaran.
Ini kerana, jika orang
dalaman kita lemah maka pasukan itu akan lemah dan sukar untuk Berjaya. Beliau
mendapatkan pekerja yang telus dan amanah, berkaliber dan mempunyai minat ke
atas pertanian. Beliau juga memberikan tempoh percubaan kepada pekerja baru
untuk bersaing dan berusaha untuk mencapai sesuatu target dan meningkatkan
kemahiran mereka dalam perniagaan ini. Melalui cara ini beliau ingin menyuntik
semangat di kalangan perkerjanya untuk menaikkan semangat dalam meningkatkan
prestasi kerjanya.
RUMUSAN
Untuk menjadi usahawan yang
berjaya, kita perlu berusaha dengan keras dalam meneruskan peningkatan syarikat
tersebeut. Perniagaan adalah salah satu sunnah nabi yang di galakkan di dalam
islam. Namun ramai di kalangan bumiputera menyertai bidang perniagaan tetapi
tidak dapat di sempurnakan dengan jayanya.
Di Negara kita, kaum
bumiputera harus mengubah persepsi dan cara berfikir dalam mencari kehidupan
dan rezeki. Kita tidak boleh berharap sepenuhnya kepada kerajaan untuk memberi
bantuan kepada kita dalam mana – mana bidang yang diceburi dengan bimbingan latihan
dan sebagainya. Kita perlu berusaha sendiri untuk mendapat apa – apa kelebihan
di masa akan datang kelak.
Usahawan memerlukan kesabaran
dalam menjayakan sebuah perniagaan. Perniagaan ada pasang surutnya dan itu
adalah persaingan yang kuat untuk mempertahankan perniagaan tersebut. Kita
perlukan pelan perniagaan yang lengkap dan sempurna untuk mengelakkan percangan
kita lari jauh dari landasan yang sebenar.
Pengalaman memang penting di dalam perniagaan.
Ini kerana melalui pengalaman, kita dapat mengerti cara – cara berkomunikasi
dengan baik dan sempuerna. Apabila pendidikan di gabungkan dengan pengalaman
maka terhasilnya sebuah kelebihan atau usahawan yang lengkap. Beliau mempunyai
teori dan di paraktikkan dengan sempurna melalui pengalaman yang banyak.
Friday, 29 July 2016
DATO' ONG BOON HEE (DATO' ONG)
Temubual bersama Dato' Ong Boon Hee (Dato' Ong)
Nama : Dato Ong Boon
Hee
Umur : 45 tahun
(24 Januari 1971)
Warganegara : Malaysia
Sekolah Menengah :
Sekolah Menengah Kebangsaan Kluang, Johor
Isteri : Datin Sam Kok Yin
Status : Berkahwin dan memiliki 3 orang anak
Adik Beradik :
8 orang (4 kakak, 3 lelaki)
Pendidikan tertinggi : Diploma Kejuruteraan Elektronik Fong
Ka University Taiwan.
Pengarah Syarikat :
1) Control Point
:
2) Syarikat Fahad Holdings
:
3) SIT (SIT2u)
Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat
mendalam ialah Dato Ong Boon Hee. Dato
Ong yang berusia 45 tahun merupakan berwarganegara Malaysia. Beliau merupakan Pemegang Saham sebanyak 24 %
dalam syarikat Fahad Holdings dan telah dilantik menjadi Pengarah Urusan sejak
June 2013. Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh
seorang individu yang bergelar usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu.
Rasa ingin tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia.
Dari rasa ini manusia memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum
diketahui sebelumnya.
Syarikat Fahad Holdings Sdn Bhd ditubuhkan
pada 26 June 2013 yang beralamat di No 22, G22 dan G22A-G1 Jalan Perdana 6/6,
Pandan Perdana, 55300, Kuala Lumpur. Pemegang Saham syarikat tediri daripada
Y.A.M Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah yang memegang 75%
saham, Y.M Dato Wan Ezrulnizan yang memegang 1% dan beliau memegang 24% saham.
Pengarah Syarikat pula terdiri daripada 3 orang iaitu Y.A.M Tengku Fahad
Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, D.Y.M.M. Sultanah Hajjah Kalsom dan
beliau sendiri. Jumlah saham di dalam syarikat ini adalah sebanyak RM
5,000,000.00. Beliau merupakan penandatangan cek bagi pihak syarikat kerana
Y.A.M Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah berada di luar
negara dan beliau yang menjalankan perniagaan seharian syarikat. Syarikat Fahad
Holdings Sdn Bhd menjalankan perniagaan pembangunan di bawah Lesen Kontraktor
Kerajaan G7, perlombongan, perladangan, dan perkapalan.
Berhubung dengan perlombongan, syarikat
tersebut mempunyai Lesen Pajakan Melombong di Pahang. Hasil perlombongan utama
adalah bauksit. Semua urusan perlombongan syarikat adalah dikendalikan oleh
beliau sendiri. Sehingga sekarang, status perlombongan di kawasan-kawasan
tertentu masih di bawah syarikat Fahad Holdings Sdn Bhd. Syarikat Fahad
Holdings Sdn Bhd (FHSB) mempunyai sub-contractor yang menguruskan kerja-kerja
perlombongan Bauxite di kawasan Pahang. Antara kontraktor adalah Ideal Mineral
Resources Sdn Bhd (IMRSB).
Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan
diusahakannya haruslah memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka
mencapai matlamat yang dinantikan. Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengejar
kejayaan secara berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang
diusahakan. Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan
sepanjang mereka membina karier mereka. Bagi individu yang memasang impian
untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi masih belum bersedia dan belum
melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan bakal menemui kegagalan
dalam penceritaan usaha mereka.
Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidaklah susah tetapi
jika mereka mengambil mudah mengenai disiplin mereka maka mereka akan susah
untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain. Dato Ong sudah mula
menunjukkan minat terhadap bidang perlombongan selepas tamat pengajian beliau
di Taiwan. Semangat dan minat yang ditunjukkan oleh beliau terhadap sektor ini
menunjukkan kemajuan yang ketara. Berdasarkan latar belakang pendidikan yang
dimiliki oleh tokoh usahawan ini, ia menunjukkan bahawa beliau juga mahir dan
memiliki minat yang mendalam dalam bidang elektronik.
Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol
apabila beliau menubuhkan sebuah syarikat peralatan elektronik bernama Control
Point Sdn Bhd yang menjalankan
perniagaan dalam bidang peralatan elektronik, service provider, IT, automotif. Syarikatnya
bertambah maju dan sifat ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan
beliau perlu membuatkan penyelidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan
perniagaan yang telah dipelajarinya. Beberapa langkah telah diambil oleh beliau
dalam memenuhi rasa ingin tahunya itu. Beliau banyak belajar dari syarikat yang
berada dalam aliran yang sama dengannya.
Dato Ong merupakan seorang tokoh usahawan yang telah mengecapi
kejayaan dalam bidangnya dengan cemerlang. Walaupun sebelum ini Dato Ong perlu
menghadapi cabaran, dugaan dan halangan, ia bukannya sebab untuk berputus asa.
Beliau bersikap proaktif dari permulaan perniagaannya apabila mengambil peluang
untuk membuka perniagaan elektronik dan perlombongan yang pada zaman itu,
perniagaan sedemikian tidak diterokai dengan meluas. Sikap proaktif tersebut
telah membuatkan perniagaan beliau berkembang maju hingga berupaya untuk
membuka kilang pembuatan alat penggera keselamatan dan sebagainya. Sikap
proaktif ini perlulah dicontohi oleh usahawan-usahawan yang sedang mengorak
langkah dalam bidang perniagaan.
Usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian,
struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan
kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan
mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari
peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti
orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah
berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi
mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.
Dato Ong menunjukkan ciri-ciri tokoh usahawan yang berjaya
mengambil peluang adalah dengan menjadi Pemegang Saham di Syarikat SIT dimana
syarikat tersebut merupakan syarikat yang dimiliki oleh kawannya. Syarikat
tersebut menjalankan perniagaan dalam bidang elektronik maka Dato Ong mengambil
kesempatan dengan membekal barangan elektronik yang dikeluarkan oleh
syarikatnya Control Point kepada syarikat SIT. Beliau juga mencuri peluang
menjadi salah seorang Pemegang Saham dalam syarikat tersebut.
Budaya terbuka atau berfikiran terbuka ialah konsep di mana
pengetahuan hendaklah disebarkan secara bebas atau terbuka. Usahawan yang
berfikiran terbuka seperti ini akan sentiasa terbuka mindanya. Usahawan akan
mengunakan idea dari diri sendiri dan berfikiran bebas untuk menjayakan lagi
perniagaannya. Dato Ong mempunyai ciri budaya terbuka. Disebabkan itu, beliau
berfikiran terbuka untuk menghasilkan peralatan alat elektronik di negara ini.
Walaupun semasa itu, peralatan tersebut tidak mendapat sambutan yang hangat kerana
orang tempatan tidak berminta dengan produk keluaran tempatan. Dengan usaha
beliau, kini produk beliau terlaris di pasaran dunia dan Malaysia, bukan lagi
sekadar peralatan elektronik malah banyak lagi produk lain turut dihasilkannya.
Komitmen yang diberikan oleh Dato Ong dalam perniagaan ini lama
kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian ini. Beliau telah dilantik
sebagai Pengarah Fahad Holdings dimana Y.A.M Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan
Haji Ahmad Shah, D.Y.M.M. Sultanah Hajjah Kalsom telah memberi amanat yang
besar kepada beliau untuk menguruskan perniagaannya secara menyeluruh.
Selain itu, beliau juga seorang usahawan yang
bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan usaha teroka yang diceburi. Beliau
bertanggungjawab di atas kejayaan atau kegagalan usaha teroka yang dilakukan.
Sifat tanggunjawab yang ada pada beliau ini menjadikan beliau orang yang
beretika. Beliau mempunyai tanggungjawab dan beretika terhadap pihak-pihak
tertentu yang mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung dalam
perniagaan mereka. Dato Ong bertanggungjawab terhadap pelanggan, pembekal,
rakan kongsi, pemegang syer, masyarakat dan negara.
Tambahan lagi, Dato Ong juga seorang usahawan
yang giat mencari maklumat. Baliau mempercayai maklumat diperlukan oleh
seseorang usahawan dalam setiap peringkat usaha teroka mereka. Dengan ini beliau
sentiasa mencari dan peka kepada maklumat. Maklumat yang diperolehi usahawan
daripada pelbagai sumber mempunyai banyak kegunaan. Beliau gemar mengumpul
maklumat yang bermutu, terkini dan mencukupi untuk membuat keputusan
perniagaan. Selain itu, maklumat yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki
dan meningkatkan pencapaian prestasi dirinya dan perniagaannya. Maklumat yang
dikumpul telah digunakan sebagai maklum balas dalam usaha untuk memberi produk
dan servis yang boleh memenuhi kehendak pelanggan. Dengan bermaklumat, Dato Ong
mudah meluaskan pasaran, memajukan perniagaan dan menjadikan perniagaaannya lebih
berdaya saing.
Dato Ong juga bersikap jujur dan menepati
janji semasa menjalankan perniagaan. Beliau tidak suka tipu pelanggan dan
menjual produk yang kurang kualiti. Ia menunjukkan kejujuran dan menepati janji
ialah satu kualiti keusahawan yang sangat penting perlu dimilik oleh setiap
usahawan. Sikap kejujuran membolehkan usahawan mendapat kepercayaaan daripada
semua pihak yang mempunyai kepentingan dengan mereka. Ini termasuklah
pelanggan, pembekal, pekerja, bank, rakan kongsi, dan pemegang saham.
Perhubungan usahawan dengan pihak-pihak tertentu akan terjejas sekiranya
usahawan didapati tidak jujur dan tidak menepati janji. Tanpa sikap ini usahawan
tidak akan mendapat kredit atau pinjaman daripada pembekal atau bank. Para
pelanggan akan memutuskan langganan mereka. Pekerja pula hilang kesetiaan
mereka kepada usahawan. Ini seterusnya memberi kesan negatif terhadap diri
usahawan dan perkembangan perniagaannya.
Selain itu, Dato Ong juga menitik beratkan
mutu kerja yang tinggi. Beliau mempercayai bahawa beliau dapat menghasilkan
produk atau servis yang bermutu serta mendapat kepuasan daripadanya. Sikap menitik
beratkan mutu kerja yang tinggi menjadikan beliau lebih berdaya saing di
samping meningkatkan lagi prestasi serta imej perniagaan dan diri beliau.
Usahawan tidak mudah menuding jari kepada
sesiapa jika berhadapan dengan kegagalan seperti mana Dato Ong. Dato Ong
sanggup menghadapi kenyataan jika usaha teroka beliau gagal. Apa yang
dimaksudkan kegagalan bagi usahawan ialah kegagalan perniagaan mereka, bukannya
kegagalan usahawan. Ianya dapat dinyatakan apabila pada sesuatu ketika dahulu
Dato Ong telah mengalami kegagalan dalam perniagaan sehingga menyebabkan
kerugian 4 juta ringgit tetapi beliau tidak berasa sedih, terkejut, lemah dan
tertekan sebaliknya terus berusaha mencari peluang. Jika usaha teroka gagal,
bukan bereti usahawan terus gagal selama-lamanya. Bagi beliau, setiap kegagalan
dan kesilapan itu adalah pengalaman baru untuk usahawan.
Dari keupayaan mengurus, Dato Ong memang
mahir menguruskan perniagaanya. Dato Ong berkebolehan untuk merancang,
mengorganisasi, mengarah dan mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan dengan
berkesan. Beliau berkeupayaan menguruskan sumber-sumber organisasi untuk
mencapai tujuan usaha teroka dengan cara yang lebih cekap dan efektif.
SI BUSINESS SOLUTIONS SDN BHD & SIBSOLS SI BUSINESS SOLUTION
Bergambar
bersama usahawan –Tuan Haji Shaharani bin Ismail.
1.0 Latarbelakang Projek
Objektif
projek ini adalah mengenalpasti dan mempelajari ciri-ciri Keusahawanan daripada
seorang usahawan yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi. Menganalisa kejayaan usahawan ini dapat
memberikan pengajaran yang berguna dalam mengikuti Kursus Keusahawanan. Pembelajaran
luar kuliah ini sangat berharga kerana ia memberikan gambaran praktikal sebenar
dalam mengharungi dunia keusahawanan.
Segala
ilmu yang diperolehi dalam tugasan ini dan digabungkan dengan apa yang
dipelajari dalam kuliah, diharapkan dapat memberi manfaat yang besar kepada
pelajar dan meningkatkan ilmu bidang keusahawanan itu sendiri.
2.0 Kaedah Kajian
Kaedah
kajian berikut adalah dipilih untuk kajian:
1. Mengenal
pasti usahawan yang sesuai
2. Mendapatkan
persetujuan usahawan untuk ditemu bual
3. Temubual
dengan Usahawan
4. Membuat
rumusan yang bersesuaian dengan eviden yang diperolehi
3.0 Pemilihan usahawan
Beberapa kriteria telah ditentukan dalam memilih usahawan yang akan dikaji. Antara kriteria pemilihan adalah;
1.
Bumiputera
2. Telah stabil dalam perniagaan dan berdaya saing
3. Memahami objektif kajian dan sudi memberi pandangan yang membina
4. Mempunyai latar belakang yang unik untuk dikongsikan
2. Telah stabil dalam perniagaan dan berdaya saing
3. Memahami objektif kajian dan sudi memberi pandangan yang membina
4. Mempunyai latar belakang yang unik untuk dikongsikan
4.0 Usahawan yang dipilih.
Kajian
dijalankan terhadap seorang usahawan yang pada awalnya menceburi bidang
Teknologi Maklumat dan kemudian mengembangkan perniagaan ke bidang yang
lain. Berikut adalah maklumat berkenaan
usahawan yang dipilih.
Nama : Tuan Haji
Shaharani bin Ismail
Umur : 50 Tahun
Akademik : i) Masters in Science (Information Management)
ii) Bachelor in Business Administration (Honors)
Umur : 50 Tahun
Akademik : i) Masters in Science (Information Management)
ii) Bachelor in Business Administration (Honors)
Nama Syarikat: i) SI Business Solutions Sdn Bhd
ii) SIBSOLS SI Business Solution
ii) SIBSOLS SI Business Solution
5.0 Latarbelakang Usahawan
Beliau
berusia 50 tahun merupakan lulusan Master in Science juga memiliki ijazah
Bachelor in Business Administration dengan majoring di bidang Pengurusan dan
Pemasaran. Beliau memulakan perniagaan
pada tahun 2008 dan sebelum itu mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat
antarabangsa antaranya:-
1. Shell
Malaysia Trading Sdn Bhd – selama 5 tahun (1991-1996). Bertugas sebagai Eksekutif Pemasaran dalam
Sektor Minyak Pelinciran
2. IBM
Malaysia Sdn Bhd – selama 3 tahun (1996 -1999).
Beliau menjawat tugas sebagai Business Manager dalam sektor
penganggkutan.
3. Microsoft
Malaysia Sdn Bhd – selama 4 tahun (2000 – 2004). Di Microsoft beliau adalah Business Manager
bertanggung jawab dalam jualan bagi sektor Awam
4. Stratus
Technologies Private Limited – selama 4 tahun (2004 -2008). Bertugas sebagai Pengurus Negara (Country
Manager) beliau bertanggung memulakan perniagaan Stratus di Malaysia dan
memastikan penjenamaan Stratus diterima di Malaysia.
5. Usahawan
(2008 sehingga kini). Beliau menguruskan
dua perniagaan iaitu berkaitan Teknologi Maklumat dan Insurans.
6.0 Maklumat perniagaan
Beliau
memiliki dua jenis perniagaan, SI Business Solutions Sdn Bhd dan SISOLS SI
Business Solution. Maksud SI adalah merujuk kepada nama beliau sendiri iaitu
Shaharani Ismail.
6.1 SI Business Solutions Sdn Bhd
Ini
adalah syarikat yang menjalankan perniagaan perkhidmatan teknologi
maklumat. Ditubuhkan pada 2008 dengan
seorang kakitangan telah berkembang kepada 15 kakitangan. Syarikat ini menjalankan perkhidmatan
integrasi sistem dan mempunyai pelanggan seperti; MARA, UniKL, Tabung Haji,
Matrade dan beberapa organisasi besar yang lain.
Syarikat
ini juga mendapat pengiktirafan Microsoft Malaysia sebagai “Business Partner”
dan menerima sokongan teknikal dan bantuan konsultansi yang diperlukan.
Perkhidmatan yang ditawarkan adalah:
i. Perkhidmatan integrasi sistem (system integration)
i. Perkhidmatan integrasi sistem (system integration)
ii.
Perkhidmatan membina perisian (software development)
iii.
Perkhidmatan infrastruktur teknologi maklumat
iv. Perkhidmatan pembangunan pengkalan data (database
development)
iv. Perkhidmatan pembangunan pengkalan data (database
development)
6.2 SIBSOLS SI Business Solutions
Syarikat ini menjalankan perniagaan Insurans Takaful Etiqa dan beroperasi sejak tahun 2010. Menyediakan perkhidmatan insurans pemotoran dan insurans am, perniagaan ini mempunyai dua orang kakitangan sepenuh masa.
Syarikat ini menjalankan perniagaan Insurans Takaful Etiqa dan beroperasi sejak tahun 2010. Menyediakan perkhidmatan insurans pemotoran dan insurans am, perniagaan ini mempunyai dua orang kakitangan sepenuh masa.
7.0 Carta Organisasi Perniagaan
8.0 Ciri-ciri Keusahawanan
Beliau merupakan anak tunggal daripada ibubapa yang merupakan kakitangan kerajaan. Beberapa ciri keusahawan yang dapat dikesan terdapat pada diri beliau dapat dilihat sejak dari bangku sekolah / universiti lagi.
Antara ciri
keusahawanan beliau ialah:-
1. Pengalaman. Setelah menimba pengalaman yang mencukupi
dengan beberapa syarikat antarabangsa dan mempunyai latarbelakang akademik
dalam bidang pengurusan perniagaan, beliau memang berkelayakan untuk mengurus
dan mengembangkan perniagaan. Pengalaman
telah mengajar beliau untuk membuat perancangan dan pengurusan perniagaan yang
effisien.
2. Kepimpinan. Di sekolah beliau aktif dalam persatuan dan
pernah menjawat jawatan sebagai Drum Major pancaragam sekolah di samping
memegang jawatan Bendahari, Setiausaha dan berbagai jawatan dalam persatuan
sekolah. Beliau dan rakan-rakan juga
menubuhkan kelab Squash di sekolah yang mana berterusan hingga ke hari ini.
Beliau juga aktif semasa di universiti dan telah juga menjadi Drum Major pancarangam universiti di samping jawatan lain seperti ; Pengerusi Urusetia Kerjaya, Naib YDP Persatuan Tae Kwon Do, pembimbing rakan sebaya dan berbagai lagi jawatan dalam persatuan dan aktiviti pelajar.
Beliau juga aktif semasa di universiti dan telah juga menjadi Drum Major pancarangam universiti di samping jawatan lain seperti ; Pengerusi Urusetia Kerjaya, Naib YDP Persatuan Tae Kwon Do, pembimbing rakan sebaya dan berbagai lagi jawatan dalam persatuan dan aktiviti pelajar.
3. Komunikasi. Beliau mempunyai kelebihan dalam
berkomunikasi. Pernah menjadi pembahas
semasa di sekolah, kelebihan ini memang jelas apabila bercakap dengan
beliau. Segala idea dan maklumat disampaikan
dengan jelas sekali. Ini memudahkan bila
berkomunikasi dengan beliau. Beliau juga menyampaikan pendapat dengan terus
terang dan tegas dalam memberikan pendapat.
4. Menghargai ilmu. Usahawan merupakan seorang yang menghargai
ilmu. Menyimpan cita-cita untuk
menyambung pelajaran ke peringkat phD, beliau akan berusaha keras dalam
menjayakan sesuatu. Pelajaran adalah
asset yang sangat penting kepada beliau, bukan untuk nak pangkat atau
melariskan perniagaan, tetapi bagi beliau ilmu adalah untuk dimanfaatkan. Beliau sentiasa menghadiri kursus-kursus
yang berkaitan untuk menambah ilmu.
5. Berfikiran Positif.
Usahawan juga sentiasa berfikiran positif dalam apa masalah sekali pun. Motto beliau “Tiada yang mustahil sebelum
dicuba” membuat beliau sentiasa positif dalam apa keadaan. Pernah menghadapi kemungkinan bankrap, beliau
tetap yakin. Akhirnya usaha beliau mendapat kejayaan.
6. Rajin. Beliau bangun pukul 6.00 setiap pagi dan
tidur pukul 2 pagi. Seharian beliau
bekerja tidak kira di pejabat atau di kedai kopi. Bagi beliau tak ada masa untuk berehat dalam
dunia moden. Kemajuan teknologi
membolehkan beliau bekerja di mana sahaja asalkan ada perkhidmatan internet.
9.0 Dorongan untuk menjadi usahawan
Minat
menjadi usahawan timbul setelah lama bekerja dengn syarikat antarabangsa. Mempunyai idea dan jaringan kenalan telah
mencetuskan idea untuk menjalankan perniagaan sendiri. Jaringan kenalan adalah satu elemen penting
bagi usahawan yang baru. Kenalan dapat
menghubungkan dengan mereka yang dapat membantu dari aspek perniagaan, sokongan
dan juga keperluan latihan dan sebagainya.
Amat penting untuk mempunyai jaringan kenalan yang besar untuk memulakan
perniagaan.
Isteri
adalah pendorong utama yang menyokong tindakan beliau berhenti kerja untuk
menjalankan perniagaan sendiri.
Mempunyai isteri yang bekerja sebagai guru juga mengurangkan risiko
impak kewangan kerana isteri beliau juga membantu dalam soal kewangan keluarga,
terutama pada peringkat awal.
Beliau
juga terpanggil untuk menubuhkan syarikat teknologi maklumat, setelah menyedari
betapa kurangnya syarikat Bumiputera yang menceburkan diri dalam bidang
ini. Penubuhan syarikat ini juga dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja bumiputera dalam bidang teknologi
maklumat.
10.0 Modal Perniagaan
Beliau
memulakan perniagaan dengan berbekalkan RM70,000 hasil simpanan peribadi. Tiada pinjaman bank dilakukan kerana tidak
mendapat kelulusan bagi perniagaan yang baru dan tiada reputasi.
Memulakan
perniagaan dengan menyewa ruang pejabat di atas rumah kedai, beliau
berhati-hati dalam menguruskan kewangan kerana modal kewangan yang terhad.
11.0 Pelan
Perniagaan (Business Plan)
Usahawan memberitahu saya yang paling penting bagi usahawan ialah untuk merangka Pelan Perniagaan yang akan menjadi panduan bagaimana perniagaan itu akan ditadbir dan diuruskan.
Secara
kasar menurut beliau, Pelan Perniagaan mestilah merangkumi aspek-aspek penting,
antaranya:-
11.1. Misi dan Visi
Misi
dan Visi perniagaan mestilah dinyatakan dengan jelas. Ia penting bukan sahaja
kepada pemilik, juga kepada kakitangan untuk memahami apa sebenarnya tujuan perniagaan
dan apa yang hendak disampaikan kepada pelanggan.
11.2. Pelan Pemasaran
Sebagai
perniagaan yang bermotifkan keuntungan, pelan pemasaran yang baik diperlukan
untuk menjamin perniagaan mempunyai daya saing dan dapat menjamin daya tahan
perniagaan. Sasaran pasaran (target
market), promosi, pengiklanan dan penetapan harga adalah aspek pemasaran yang
penting.
11.3. Pengurusan Operasi
Pengurusan
Operasi hendaklah dikendalikan dengan cekap dan terancang. Kelicinan operasi
adalah penting bagi menjamin kejayaan projek, terutamanya dalam perniagaan
perkhidmatan teknologi maklumat.
11.4. Pengurusan Kewangan
Menurut
beliau, ramai usahawan Bumiputera gagal dalam perniagaan kerana pengurusan
kewangan yang lemah. Apabila kewangan
tidak diuruskan dengan cekap, operasi perniagaan akan terganggu, dan memberikan
impak kepada pelanggan. Pengurusan
kewangan yang cekap dan berhemah dapat menjamin kesinambungan operasi dan
melancarkan perniagaan. Menurut beliau
lagi ramai usahawan Bumiputera tidak mengasingkan akaun peribadi dengan akaun
syarikat, ini merumitkan pengurusan kewangan dan operasi syarikat akan
terganggu. Bila usahawan membuat ambilan
syarikat seperti ambilan daripada akaun peribadi, maka pengurusan kewangan akan
lemah dan syarikat akan menghadapi masalah.
Pengurusan kewangan adalah sangat penting bagi menentukan kemajuan perniagaan. Ia perlu diuruskan secara professional dan berhemah bagi memastikan kewangan syarikat adalah stabil dan mantap. Apabila pernigaaan berkembang pada tahun-tahun berikutnya, beliau telah menambahkan modal ke dalam perniagaan sehingga mempunyai modal berbayar RM500,000.
Pengurusan kewangan adalah sangat penting bagi menentukan kemajuan perniagaan. Ia perlu diuruskan secara professional dan berhemah bagi memastikan kewangan syarikat adalah stabil dan mantap. Apabila pernigaaan berkembang pada tahun-tahun berikutnya, beliau telah menambahkan modal ke dalam perniagaan sehingga mempunyai modal berbayar RM500,000.
11.5. Analisa pesaing.
Beliau mengenalpasti pesaing-pesaing beliau untuk membolehkan beliau bersaing dengan berkesan. Pesaing juga ada
kalanya dijadikan rakan perniagan dalam keadaan tertentu. Ini dilakukan untuk mengekalkan kelebihan dan
mengukuhkan kedudukan apabila membida projek-projek teknologi maklumat.
11.6. SWOT Analisis
Stength,
Weakness, Opportunity and Threat, adalah elemen-elemen yang diberikan penekanan
untuk sentiasa kekal competitive.
Memahami Weakness (kelemahan) contohnya, memberikan peluang untuk
membaiki kelemahan untuk terus maju.
Strength (Kekuatan) pula akan diguna pakai dengan berkesan untuk
menjamin Opportunity (peluang) akan menjadi kejayaan dengan mengenepikan Threat
(halangan).
12.0 Cabaran-cabaran yang dihadapi
Beberapa cabaran yang telah dihadapi oleh beliau adalah seperti berikut:-
1. Modal. Modal merupakan cabaran paling besar. Sebagai
sebuah syarikat yang baru hendak memulakan perniagaan, tiada bank yang sudi
untuk memberikan pinjaman. Ini adalah
kerana syarikat tiada rekod perniagaan dan tiada cagaran untuk membuat
pinjaman. Modal sendiri sebanyak RM70,000 sebenarnya adalah sedikit berbanding
dengan bidang yang diceburi. Di masa kini modal telah ditingkatkan ke RM500,000
2. Reputasi syarikat. Syarikat yang dimulakan pada 2008 tidak
mempunyai reputasi dan amat sukar untuk meyakinkan pelanggan. Syarikat
mengambil masa selama lebih kurang 8 bulan untuk mendapatkan projek yang
pertama. Di waktu ini, pengurusan syarikat amat berhati-hati dalam perbelanjaan
operasi dan mengamalkan perbelanjaan sangat berhemah.
3. Keperluan Latihan.
Teknologi maklumat amat cepat berubah dengan teknologi dan pendekatan baru.
Latihan perlu dihadiri untuk mempelajari teknologi baru. Kos latihan bukanlah murah dan bagi syarikat
yang baru. Penyertaan sebagai “Business
Partner” dengan syarikat perisian Microsoft telah dapat memudahkan proses
latihan, di mana Microsoft telah membantu dengan menyediakan latihan percuma
dan latihan yang diberikan subsidi.
4. Pemasaran. Sebagai sebuah syarikat yang kecil, amat
sukar untuk mengadakan aktiviti pemasaran kerana modal yang terhad. Syarikat tidak dapat mencetak poster atau
banner mahupun kemeja-T. Syarkat tidak
mampu memberi cenderahati kepada pelanggan seperti syarikat besar yang sudah
mantap. Setiap kali musim perayaan,
syarikat menghadapi masalah dalam menyediakan hamper untuk pelanggan, kerana
kos yang amat tinggi.
5. Kurang penglibatan
Bumiputera.
Beliau menghadapi masalah dalam mengambil kakitangan Bumiputera kerana
kekurangan mereka yang berkelayakan.
Ramai graduan IT bumiputera lebih gemar menjadi penjawat awam. Graduan IT yang bekerja di bidang swasta pula
lebih menderung menyertai syarikat yang sudah terkenal dan syarikat yang lebih
besar. Ini menyebabkan beliau sukar
mendapatkan kakitangan Bumiputera.
6. Lantik henti kakitangan
(staff turnover). Kakitangan yang sudah
dilatih dan setelah menimba pengalaman akan meminta gaji yang tinggi atau
mendapat tawaran yang lebih baik daripada syarikat yang lebih besar. Syarikat tidak dapat memberikan kenaikan
gaji yang diminta dan tidak dapat menghalang pekerja daripada menerima tawaran
dari pihak yang membuat tawaran. Kerap
kali syarikat terpaksa mengambil kakitangan baru, yang baru habis belajar
(kerana ingin menjimatkan kos gaji – gaji mereka rendah) dan akan menyediakan
latihan yang diperlukan.
7. Kos overhead yang meningkat. Kos elektrik, sewa bangunan dan gaji yang
setiap tahun meningkat adalah overhead yang meningkat secara mendadak. Kos-kos
lain seperti elaun perjalanan, kos lebih masa (overtime) juga menyumbang kepada
peningkatan kos overhead.
13.0 Perkembangan Perniagaan
Pada
tahun 2010 beliau telah mempelbagaikan perniagaan dengan menceburi bidang
insurans. Beliau telah menduduki
peperiksaan untuk mendapatkan lesen bagi menjadi agen insurans Takaful
Etiqa. Perniagaan ini agak mudah
dijalankan dengan hanya mengaji dua orang kerani. Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah
insurans permotoroan dan insurans am.
14.0 Bantuan Kerajaan / Insentif
Beliau
tidak pernah mendapat sebarang bantuan kewangan atau teknikal daripada agensi
kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan usahawan. Salah satu sebab ialah kerana beliau tidak
mahu terlibat dengan karenah birokrasi dan terikat dengan terma-terma yang
ketat. Menurut beliau bantuan kerajaan
adalah terhad dan memakan masa yang lama untuk mendapatkannya.
15.0 Harapan
Kajian
mendapati ramai graduan yang menganggur dan ramai juga yang diberhentikan kerja
akibat keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan. Beliau berharap agar ramai
Bumiputera yang menceburi bidang perniagaan dengan mencari bidang yang
benar-benar sesuai untuk diceburi secara serius. Beiau menasihatkan agar mengkaji dengan
teliti bidang yang hendak diceburi dengan mendapatkan nasihat daripada agensi
seperti MARA, Smidec dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)