Temubual bersama Dato' Ong Boon Hee (Dato' Ong)
Nama : Dato Ong Boon
Hee
Umur : 45 tahun
(24 Januari 1971)
Warganegara : Malaysia
Sekolah Menengah :
Sekolah Menengah Kebangsaan Kluang, Johor
Isteri : Datin Sam Kok Yin
Status : Berkahwin dan memiliki 3 orang anak
Adik Beradik :
8 orang (4 kakak, 3 lelaki)
Pendidikan tertinggi : Diploma Kejuruteraan Elektronik Fong
Ka University Taiwan.
Pengarah Syarikat :
1) Control Point
:
2) Syarikat Fahad Holdings
:
3) SIT (SIT2u)
Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat
mendalam ialah Dato Ong Boon Hee. Dato
Ong yang berusia 45 tahun merupakan berwarganegara Malaysia. Beliau merupakan Pemegang Saham sebanyak 24 %
dalam syarikat Fahad Holdings dan telah dilantik menjadi Pengarah Urusan sejak
June 2013. Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh
seorang individu yang bergelar usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu.
Rasa ingin tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia.
Dari rasa ini manusia memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum
diketahui sebelumnya.
Syarikat Fahad Holdings Sdn Bhd ditubuhkan
pada 26 June 2013 yang beralamat di No 22, G22 dan G22A-G1 Jalan Perdana 6/6,
Pandan Perdana, 55300, Kuala Lumpur. Pemegang Saham syarikat tediri daripada
Y.A.M Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah yang memegang 75%
saham, Y.M Dato Wan Ezrulnizan yang memegang 1% dan beliau memegang 24% saham.
Pengarah Syarikat pula terdiri daripada 3 orang iaitu Y.A.M Tengku Fahad
Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, D.Y.M.M. Sultanah Hajjah Kalsom dan
beliau sendiri. Jumlah saham di dalam syarikat ini adalah sebanyak RM
5,000,000.00. Beliau merupakan penandatangan cek bagi pihak syarikat kerana
Y.A.M Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah berada di luar
negara dan beliau yang menjalankan perniagaan seharian syarikat. Syarikat Fahad
Holdings Sdn Bhd menjalankan perniagaan pembangunan di bawah Lesen Kontraktor
Kerajaan G7, perlombongan, perladangan, dan perkapalan.
Berhubung dengan perlombongan, syarikat
tersebut mempunyai Lesen Pajakan Melombong di Pahang. Hasil perlombongan utama
adalah bauksit. Semua urusan perlombongan syarikat adalah dikendalikan oleh
beliau sendiri. Sehingga sekarang, status perlombongan di kawasan-kawasan
tertentu masih di bawah syarikat Fahad Holdings Sdn Bhd. Syarikat Fahad
Holdings Sdn Bhd (FHSB) mempunyai sub-contractor yang menguruskan kerja-kerja
perlombongan Bauxite di kawasan Pahang. Antara kontraktor adalah Ideal Mineral
Resources Sdn Bhd (IMRSB).
Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan
diusahakannya haruslah memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka
mencapai matlamat yang dinantikan. Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengejar
kejayaan secara berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang
diusahakan. Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan
sepanjang mereka membina karier mereka. Bagi individu yang memasang impian
untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi masih belum bersedia dan belum
melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan bakal menemui kegagalan
dalam penceritaan usaha mereka.
Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidaklah susah tetapi
jika mereka mengambil mudah mengenai disiplin mereka maka mereka akan susah
untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain. Dato Ong sudah mula
menunjukkan minat terhadap bidang perlombongan selepas tamat pengajian beliau
di Taiwan. Semangat dan minat yang ditunjukkan oleh beliau terhadap sektor ini
menunjukkan kemajuan yang ketara. Berdasarkan latar belakang pendidikan yang
dimiliki oleh tokoh usahawan ini, ia menunjukkan bahawa beliau juga mahir dan
memiliki minat yang mendalam dalam bidang elektronik.
Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol
apabila beliau menubuhkan sebuah syarikat peralatan elektronik bernama Control
Point Sdn Bhd yang menjalankan
perniagaan dalam bidang peralatan elektronik, service provider, IT, automotif. Syarikatnya
bertambah maju dan sifat ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan
beliau perlu membuatkan penyelidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan
perniagaan yang telah dipelajarinya. Beberapa langkah telah diambil oleh beliau
dalam memenuhi rasa ingin tahunya itu. Beliau banyak belajar dari syarikat yang
berada dalam aliran yang sama dengannya.
Dato Ong merupakan seorang tokoh usahawan yang telah mengecapi
kejayaan dalam bidangnya dengan cemerlang. Walaupun sebelum ini Dato Ong perlu
menghadapi cabaran, dugaan dan halangan, ia bukannya sebab untuk berputus asa.
Beliau bersikap proaktif dari permulaan perniagaannya apabila mengambil peluang
untuk membuka perniagaan elektronik dan perlombongan yang pada zaman itu,
perniagaan sedemikian tidak diterokai dengan meluas. Sikap proaktif tersebut
telah membuatkan perniagaan beliau berkembang maju hingga berupaya untuk
membuka kilang pembuatan alat penggera keselamatan dan sebagainya. Sikap
proaktif ini perlulah dicontohi oleh usahawan-usahawan yang sedang mengorak
langkah dalam bidang perniagaan.
Usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian,
struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan
kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan
mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari
peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti
orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah
berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi
mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.
Dato Ong menunjukkan ciri-ciri tokoh usahawan yang berjaya
mengambil peluang adalah dengan menjadi Pemegang Saham di Syarikat SIT dimana
syarikat tersebut merupakan syarikat yang dimiliki oleh kawannya. Syarikat
tersebut menjalankan perniagaan dalam bidang elektronik maka Dato Ong mengambil
kesempatan dengan membekal barangan elektronik yang dikeluarkan oleh
syarikatnya Control Point kepada syarikat SIT. Beliau juga mencuri peluang
menjadi salah seorang Pemegang Saham dalam syarikat tersebut.
Budaya terbuka atau berfikiran terbuka ialah konsep di mana
pengetahuan hendaklah disebarkan secara bebas atau terbuka. Usahawan yang
berfikiran terbuka seperti ini akan sentiasa terbuka mindanya. Usahawan akan
mengunakan idea dari diri sendiri dan berfikiran bebas untuk menjayakan lagi
perniagaannya. Dato Ong mempunyai ciri budaya terbuka. Disebabkan itu, beliau
berfikiran terbuka untuk menghasilkan peralatan alat elektronik di negara ini.
Walaupun semasa itu, peralatan tersebut tidak mendapat sambutan yang hangat kerana
orang tempatan tidak berminta dengan produk keluaran tempatan. Dengan usaha
beliau, kini produk beliau terlaris di pasaran dunia dan Malaysia, bukan lagi
sekadar peralatan elektronik malah banyak lagi produk lain turut dihasilkannya.
Komitmen yang diberikan oleh Dato Ong dalam perniagaan ini lama
kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian ini. Beliau telah dilantik
sebagai Pengarah Fahad Holdings dimana Y.A.M Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan
Haji Ahmad Shah, D.Y.M.M. Sultanah Hajjah Kalsom telah memberi amanat yang
besar kepada beliau untuk menguruskan perniagaannya secara menyeluruh.
Selain itu, beliau juga seorang usahawan yang
bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan usaha teroka yang diceburi. Beliau
bertanggungjawab di atas kejayaan atau kegagalan usaha teroka yang dilakukan.
Sifat tanggunjawab yang ada pada beliau ini menjadikan beliau orang yang
beretika. Beliau mempunyai tanggungjawab dan beretika terhadap pihak-pihak
tertentu yang mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung dalam
perniagaan mereka. Dato Ong bertanggungjawab terhadap pelanggan, pembekal,
rakan kongsi, pemegang syer, masyarakat dan negara.
Tambahan lagi, Dato Ong juga seorang usahawan
yang giat mencari maklumat. Baliau mempercayai maklumat diperlukan oleh
seseorang usahawan dalam setiap peringkat usaha teroka mereka. Dengan ini beliau
sentiasa mencari dan peka kepada maklumat. Maklumat yang diperolehi usahawan
daripada pelbagai sumber mempunyai banyak kegunaan. Beliau gemar mengumpul
maklumat yang bermutu, terkini dan mencukupi untuk membuat keputusan
perniagaan. Selain itu, maklumat yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki
dan meningkatkan pencapaian prestasi dirinya dan perniagaannya. Maklumat yang
dikumpul telah digunakan sebagai maklum balas dalam usaha untuk memberi produk
dan servis yang boleh memenuhi kehendak pelanggan. Dengan bermaklumat, Dato Ong
mudah meluaskan pasaran, memajukan perniagaan dan menjadikan perniagaaannya lebih
berdaya saing.
Dato Ong juga bersikap jujur dan menepati
janji semasa menjalankan perniagaan. Beliau tidak suka tipu pelanggan dan
menjual produk yang kurang kualiti. Ia menunjukkan kejujuran dan menepati janji
ialah satu kualiti keusahawan yang sangat penting perlu dimilik oleh setiap
usahawan. Sikap kejujuran membolehkan usahawan mendapat kepercayaaan daripada
semua pihak yang mempunyai kepentingan dengan mereka. Ini termasuklah
pelanggan, pembekal, pekerja, bank, rakan kongsi, dan pemegang saham.
Perhubungan usahawan dengan pihak-pihak tertentu akan terjejas sekiranya
usahawan didapati tidak jujur dan tidak menepati janji. Tanpa sikap ini usahawan
tidak akan mendapat kredit atau pinjaman daripada pembekal atau bank. Para
pelanggan akan memutuskan langganan mereka. Pekerja pula hilang kesetiaan
mereka kepada usahawan. Ini seterusnya memberi kesan negatif terhadap diri
usahawan dan perkembangan perniagaannya.
Selain itu, Dato Ong juga menitik beratkan
mutu kerja yang tinggi. Beliau mempercayai bahawa beliau dapat menghasilkan
produk atau servis yang bermutu serta mendapat kepuasan daripadanya. Sikap menitik
beratkan mutu kerja yang tinggi menjadikan beliau lebih berdaya saing di
samping meningkatkan lagi prestasi serta imej perniagaan dan diri beliau.
Usahawan tidak mudah menuding jari kepada
sesiapa jika berhadapan dengan kegagalan seperti mana Dato Ong. Dato Ong
sanggup menghadapi kenyataan jika usaha teroka beliau gagal. Apa yang
dimaksudkan kegagalan bagi usahawan ialah kegagalan perniagaan mereka, bukannya
kegagalan usahawan. Ianya dapat dinyatakan apabila pada sesuatu ketika dahulu
Dato Ong telah mengalami kegagalan dalam perniagaan sehingga menyebabkan
kerugian 4 juta ringgit tetapi beliau tidak berasa sedih, terkejut, lemah dan
tertekan sebaliknya terus berusaha mencari peluang. Jika usaha teroka gagal,
bukan bereti usahawan terus gagal selama-lamanya. Bagi beliau, setiap kegagalan
dan kesilapan itu adalah pengalaman baru untuk usahawan.
Dari keupayaan mengurus, Dato Ong memang
mahir menguruskan perniagaanya. Dato Ong berkebolehan untuk merancang,
mengorganisasi, mengarah dan mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan dengan
berkesan. Beliau berkeupayaan menguruskan sumber-sumber organisasi untuk
mencapai tujuan usaha teroka dengan cara yang lebih cekap dan efektif.
2019 ford edge titanium for sale
ReplyDeleteThis is a rare titanium glasses vintage titanium sia edition of the original T-shirt and the original 3-pack. The titanium ingot T-shirt has been seiko titanium watch on sale since 2020. titanium hair clipper This item's original