Saturday, 30 July 2016

ANAQEEM AGRICULTURE






LATAR BELAKANG USAHAWAN
NAMA: Azatul Kamarul Ariffin Bin Hassan
TEMPAT TINGGAL: Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan
ASAL: Pendang, Kedah Darul Iman
UMUR: 35 tahun
STATUS: Berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata

Tuan Kamarul ada pemilik tunggal kepada syarikat Anaqeem Agriculture yang berpusat di Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. Syarikat ini mula ditbuhkan pada tahun 2013. Syarikat beliau menjual berbagai jenis bahan input pertanian yang di gunakan untuk aktiviti pertanian. Selain itu juga, syarikat beliau ada memberikan servis nasihat dalam penggunaan bahan input dengan cara yang produktif.

Tuan Kamarul adalah keluaran dari Universiti Teknologi Mara(UITM)  yang pada ketika itu lebih di kenali sebagai Institut Teknologi Mara(ITM). Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah Beruas dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Raja Shahriman Beruas. Seterusnya beliau meningkatkan pendidikan beliau di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi di ITM. Kemudian beliau meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master Pentadbiran Perniagaan.  

PENGALAMAN USAHAWAN
Selepas tamat pendidikan, Tuan Kamarul mendapat pekerjaan di bidang lojistik dan memegang jawatan sebagai Pembantu lojistik di syarikat Seksun Precision di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Beliau bekhidmat di dalam tersebut selama 1 tahun bermula tahun 2004 hingga 2005. Selepas berkhidmat dengan syarikat ini, beliau beralih arah pula kepada bidang perladangan. Beliau berkerja di Kuala Lumpur Kepong Plantation  Sdn Bhd(KLK Plantation) dan bertugas di Ladang Changkat Asa yang terletak di Tanjung Malim.

Semasa bertugas di syarikat ini, beliau menggalas tanggungjawab yang besar dengan memegang jawatan sebagai penolong pengurus dan ladang tersebut. Beliau telah berkhidmat dengan KLK Plantation selama lima tahun bermula 2005 sehingga 2010. Tugas beliau adalah untuk merancang dan mengatur pergerakan kerja di ladang beliau dan memaksimumkan hasil. Produk utama di syarikat tersebut adalah penanaman sawit dan getah. Oleh sebab itulah beliau menggalas tanggungjawab yang besar iaitu memastikan pencapaian hasil yang tinggi dengan perancngan kerja yang produktif,

Sewaktu di ladang inilah bermulanya minat beliau untuk menceburi bidang pertanian dengan lebih mendalam. Ini kerana bidang pertanian adalah sebuah bidang yang menarik dan kurang di gemari oleh golongan belia – belia di Negara kita atas sebab suasana kerja yang kurang selesa dan tertekan. Di dalam ladang ini juga beliau mengalami kenangan pahit di mana pengalaman beliau sewaktu mengalami kejatuhan prestasi.

Semasa penyelian beliau, kawasan ladang beliau tidak mencapai sasaran hasil atas faktor faktor tertentu yang berpunca daripada kualiti sumber bahan input pertanian. Dari sinilah bermulanya minat beliau untuk mendalami ilmu berkenaan input pertanian. Beliau beralih arah kepada syarikat Bayer yang menggalas jawatan sebagai Eksekutif Pengembangan Pasaran. 

Sewaktu beliau menceburi bidang ini, beliau terpaksa mendapatkan ilmu yang sehabis mungkin dalam menguasi karier beliau. Beliau mendapatkan latihan secara tidak rasmi dengan pakar – pakar sains berkenaan dengan racun, baja dan lain – lain yang berkait rapat dengan bahan input pertanian. Beliau mengambil masa yang agak panjang untuk menguasai ilmu ini kerana bidang sains memerlukan pemahaman yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu keluaran yang berkualiti tinggi.

Beliau mendapatkan pengalaman dalam bidang ini dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi beliau di syarikat Bayer. Beliau perlu mengembangkan pasaran produk Bayer ini dengan penetapan kawasan yang telah di arahkan. Beliau mempunyai jajahan yang merangkumi kawasan timur dan utara. Tugas beliau perlu meluaskan pasaran produk ini ke serata timur dan utara.

Dengan pengalaman beliau di dalam bidang perladangan, beliau mempunyai pengaruh yang agak memberansangkan di dalam kalangan kontraktor dan pengurus – pengurus ladang baik swasta mahupun kerajaan. Beliau menggunakan kelebihan ini untuk mempromosikan produk Bayer kepada kontraktor – kontraktor dan pengurus – pengurus yang berkaitan dengan produk mereka. Di sinilah bermulanya kenaikan prestasi beliau yang memuncak apabila berjaya meluaskan pasaran ke serata timur dan utara.

Di saat ini, bermulalah kecenderungan beliau terhadap perniagaan bahan input pertanian. Beliau telah tertarik dengan perniagaan ini atas sebab ingin memberikan produk dan servis yang berkualiti kepada petani – petani, pekebun – pekebun dan ladang – ladang yang sebelum ini di monopoli oleh kaum bukan bumiputera. Beliau ingin memberikan produk dan servis kepada mereka yang inginkan produk yang berkualiti untuk mengelakkan mereka di tindas oleh pembekal yang kurang berhemah. Maka wujudlah syarikat Anaqeem Agriculture. Beliau telah meletakkan jawatan atas sebab ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penubuhan syarikat beliau.

PENGENALAN SYARIKAT
NAMA SYARIKAT                  :           ANAQEEM AGRICULTURE
NO. PENDAFTARAN             :           IP0401050-W
JENIS PERNIAGAAN            :           PERSENDIRIAN / TUNGGAL
TARIKH PENDAFTARAN      :           02 DISEMBER 2013
ALAMAT BERDAFTAR          :           NO. 2, MARGOSA D/2
                                                            SERI MARGOSA
                                                            BANDAR SERI BOTANI
                                                            31350 IPOH
                                                            PERAK
ALAMAT PERNIAGAAN        :           NO. 16, JALAN WANGSA JAYA 8
                                                            TAMAN WANGSA JAYA
                                                            35900 TANJUNG MALIM
                                                            PERAK
NO. TEL                                  :           05-4582977 / 019-6990648

Perniagaan ini telah dijalankan di atas nama : ANAQEEM AGRICULTURE
Di tubuhkan bertarikh pada : 01 DISEMBER 2013
Beralamat di : NO. 2, MARGOSA D/2 SERI MARGOSA,
                        BANDAR SERI BOTANI, 31350 IPOH,
                        PERAK DARUL RIDZUAN.
Syarikat ini di terajui oleh : AZATUL KAMARUL ARIFFIN BIN HASSAN
Syarikat ini juga telah berdaftar dengan : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

OBJEKTIF ANAQEEM BERSATU
·         Adalah untuk menjadi pembekal dan kontraktor bumiputera yang berdaya saing;
·         memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

PERMULAAN SYARIKAT
Sewaktu permulaan syarikatnya, beliau cuba mencari kawasan yang strategik untuk di jadikan sebagai pusat beliau dalam penubuhan syarikat beliau. Beliau menyewa sebuah kedai untuk di jadikan sebagai pejabat dan kedai penjualan produk – produk beliau. Perniagaan beliau ini sejenis perniagaan milikan tunggal. Maka sebarang keputusan untuk apa – apa kerja berkaitan dengan syarikat beliau boleh di berikan oleh beliau sepenuhnya kerana syarikat ini di miliki oleh beliau sepenuhnya

Syarikat beliau mengamalkan cara pendekatan dengan pelanggan. Beliau berkunjung ke ladang – ladang, kampung – kampung dan kontraktor – kontraktor untuk memasarkan produk beliau. Beliau menggunakan cara berkomunikasi yang baik dalam mendekati pekebun kecil dan orang kampong. Di dalam masa sama, beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk memperkenalkan syarikat beliau untuk meningkatkan permintaan ke atas produk – produk input pertanian yang beliau pasarkan.


Beliau menjadi sebagai orang tengah yang memasarkan produk – produk bahan pertanian daripada pelbagai pengeluar bahan – bahan input pertanian yang. Cara ini banyak di gunakan usahawan – usahawan yang berkecimpung dalam penjualan bahan – bahan input pertanian. Mereka mengambil kentungan dengan cara komisen ke atas produk yang mereka dapatkan secara borong atau jumlah yang lebih besar dengan harga yang berbeza dan murah. Melalui inilah pengusaha kedai racun atau baja memperoleh keuntungan.


PENINGKATAN PERNIAGAAN
Secara dasarnya, bahan input pertanian adalah keperluan yang berulang – ulang. Ini bermaksud permintaan ke atas bahan – bahan tersebut akan berulang dan meningkat. Namun permintaan tersebut bergantung dengan kualiti produk tersebut. Oleh sebab itu, beliau mendapatkan produk yang berkualiti daripada pengeluar – pengeluar yang berkualiti dan rekod yang baik. Ini untuk mengekalkan pelanggan yang pernah membeli produk – produk terpilih di kedai beliau. 

Selain itu juga, beliau memberikan servis penerangan atau ceramah sewaktu mempromosikan produk – produk di kedai beliau. Ini kerana beliau menggunkan sehabis mungkin penglaman beliau sewaktu bekerja di syarikat Bayer. Beliau juga memberikan servis dan tunjuk ajar kepada pembeli – pembeli produk di kedai beliau. Ini salah satu langkah dalam pengembangan dan peningkatan perniagaan beliau. Apabila pengguna produk beliau menggunakan cara yang betul, kesan daripada penggunaan produk beliau menjadi jelas dan memberi kepuasan kepada pengguna. Dengan servis ini, produk beliau mendapat kepercayaan di kalangan pengguna.
Beliau juga memberikan servis nasihat kepada pengusaha ladang untuk penggunaan produk di kedai beliau. Apabila produk beliau dapat menembusi pasaran di kalangan kontraktor dan ladang maka permintaan produk beliau akan bertambah kepada jumlah lebih besar. Setiap ladang akan melakukan kerja – kerja penyelenggaraan seperti membaja, meracun, kawalan penyakit, kawalan serangga dan sebagainya. Namun, untuk kerja – kerja ini khidmat nasihat daripada pakar di perlukan kerana setiap kerja penyelenggaraan mempunya bahan yang berbeza. Contohnya racun untuk kawalan serangga perosak. Serangga perosak yang boleh memberi kesan kepada pokok dan hasil dalam sekala besar adalah serangga ulat bungkus. Serangga ini boleh bertelur 150 biji dalam masa 2 minggu.
Racun yang dapat menghapuskan serangga ini berada di kelas pertama di mana ia boleh memudaratkan kepada alam semesta dan manusia. Khidmat beliau akan di guna pakai dalam memberi tunjuk ajar serta pemantauan untuk penggunaan racun tersebut mengikut kadar – kadar yang tertentu. Melalui ini, beliau dapat melariskan produk yang berada di kedai beliau dan dalam masa yang sama pengjualan produk beliau akan berlaku secara serentak dan dalam jumlah yang besar.   

PERSAINGAN DI DALAM PASARAN
Kedai bahan – bahan input pertanian banyak boleh di jumpai di seluruh Negara kita. Ini adalah faktor luaran yang memberi persaingan kepada beliau untuk bersaing secara sihat dalam memajukan perniagaan beliau. Persaingan ini berlaku apabila perbezaan harga yang di gunakan oleh sesetengah kedai di luar pengawasan. Majoriti pengguna kita lebih menjurus atau mengutamakan harga yang lebih murah. Di sinilah persaingannya yang boleh mempengaruhi jualan produk di kedai beliau.

Ada sesetengah pembekal yang tidak beretika membekal barang – barang tiruan untuk di jual dengan harga murah. Ini akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna terutamanya orang – orang kampung. Persaingan ini di selesaikan dengan memastikan produk beliau berada di tahap yang berpatutan harganya dan kualiti yang maksimum. Beliau akan memberi penerangan kepada pengguna tentang cara – cara mengenal pasti bahan – bahan input pertanian dengan betul. Ini adalah sebahagian daripada pengalaman beliau sewak bekerja di syarikat perladangan dan syarikat Bayer. Masalah ini tidak dapat di selesaikan sepenuhnya namun ia mempengaruhi pasaran produk di kedai beliau yang masih mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Selain itu juga, faktor dalaman juga salah satu persaing yang boleh menjejaskan pengembangan dan peningkatan sesebuah syarikat. Apa yang telah di alami oleh beliau adalah sesuatu yang di luar jangkaan di mana terjadi satu penipuan yang di mulakan oleh pekerjanya sendiri. Pekerja beliau telah berlaku pecah amanah yang boleh memberikan kerugian kepada syarikat beliau. Ini adalah satu pesaing yang boleh menggugat prestasi syarikatnya. Selain itu juga, kita perlu mendapatkan pasukan dalaman yang kuat dari segi mental dan fizikal dalam bersaing di peringkat pasaran. 

Ini kerana, jika orang dalaman kita lemah maka pasukan itu akan lemah dan sukar untuk Berjaya. Beliau mendapatkan pekerja yang telus dan amanah, berkaliber dan mempunyai minat ke atas pertanian. Beliau juga memberikan tempoh percubaan kepada pekerja baru untuk bersaing dan berusaha untuk mencapai sesuatu target dan meningkatkan kemahiran mereka dalam perniagaan ini. Melalui cara ini beliau ingin menyuntik semangat di kalangan perkerjanya untuk menaikkan semangat dalam meningkatkan prestasi kerjanya. 

RUMUSAN
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita perlu berusaha dengan keras dalam meneruskan peningkatan syarikat tersebeut. Perniagaan adalah salah satu sunnah nabi yang di galakkan di dalam islam. Namun ramai di kalangan bumiputera menyertai bidang perniagaan tetapi tidak dapat di sempurnakan dengan jayanya.

Di Negara kita, kaum bumiputera harus mengubah persepsi dan cara berfikir dalam mencari kehidupan dan rezeki. Kita tidak boleh berharap sepenuhnya kepada kerajaan untuk memberi bantuan kepada kita dalam mana – mana bidang yang diceburi dengan bimbingan latihan dan sebagainya. Kita perlu berusaha sendiri untuk mendapat apa – apa kelebihan di masa akan datang kelak.
 
Usahawan memerlukan kesabaran dalam menjayakan sebuah perniagaan. Perniagaan ada pasang surutnya dan itu adalah persaingan yang kuat untuk mempertahankan perniagaan tersebut. Kita perlukan pelan perniagaan yang lengkap dan sempurna untuk mengelakkan percangan kita lari jauh dari landasan yang sebenar. 

 Pengalaman memang penting di dalam perniagaan. Ini kerana melalui pengalaman, kita dapat mengerti cara – cara berkomunikasi dengan baik dan sempuerna. Apabila pendidikan di gabungkan dengan pengalaman maka terhasilnya sebuah kelebihan atau usahawan yang lengkap. Beliau mempunyai teori dan di paraktikkan dengan sempurna melalui pengalaman yang banyak.

2 comments:

  1. salam. boleh tak nak dapatkan detail untuk contact owner : azatul kamarul ariffin?

    ReplyDelete
  2. salam..bole sy dptkan no tel owner?

    ReplyDelete