Friday, 29 July 2016

WADIE BAKERY



Mohd Yuswadi Mohd Zawizah
Blok c-g-11, Residesi Bistaria ,
Taman ukay bestari 680000
Hulu Kelang, Selangor.
03-41617003

Asalamualaikum pada kali ini saya akan temuramah seorang usahawan lelaki berbangsa melayu yang mempunyai sebuah kedai di kediaman saya. Bermula nya saya mengenali usahawan tersebut ialah ketika saya berurusan membeli donut coklat dan mini sosej kerana diminati anak saya. Usahawan tersebut bernama mohd yuswadi bin mohd zawizah dan berasal daripada Kelantan. Saya ingin menuramah seorang usahwan ini adalah tujuan untuk menghuraikan secara ringkas bidang usaha niaga yang sedang diceburi  dari segi kedudukan semasa, potensinya untuk berkembang dan juga sebab-sebab kenapa usaha niaga tersebut dipilih. Berikut adalah dialog temubual saya bersaman beliau.

Saya : Asalamualaikum En wadie

Wadie: Walaikumusalam.

Saya: Sebelum saya meneruskan temuramah ini bolehkah saya tahu latar belakang encik wadie serba sedikit?

Wadie: Nama penuh saya mohd yuswadi bin mohd zawizah, encik boleh pngil saya wadie,saya berasal daripada machang Kelantan. Saya anak kelima daripada dua belas orang adik beradik, sekarag saya berumur tiga puluh dua tahun dan sudah berkahwin mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Saya: Jika tidak keberatan bolehkah encik wadie kongsi serba sedikit permulaan dan pengalaman encik wadie didalam bidang keusahawanan perniaagann bakery.

Wadie: Saya mempunyai pengalaman didalam bakeri lebih kurang sebelas tahun. Bermula pada tahun 2006 saya berkerja di sebuah kilang bakeri. Saya berkerja dan menimba pengalaman disitu selama 5 tahun dan pada tahun 2011 saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan terus untuk memperushakan bakeri ini sendiri. Bermula saya membuat roti-roti dan menjual nya di tepi jalan dan apabila saya mendapati mendapat sambutan oleh pelanggan saya terus membeli peralatan dan menyewa kedai utnuk memperkembangkan lagi perniagaan saya.

Saya: Adakah en wadie mempunyai latar belakang keluarga usahawan?

Wadie: Tidak ada. Ahli keluarga saya ramai yang bekerja kerajaan dan swasta. Dan ayah dan emak saya berkerja sendiri dan kehidupan keluarga saya adalah sederhana. Tetapi mereka lah sumber inpirasi saya untuk terus berusaha lebih untuk Berjaya.

Saya: Siapa yang mendorong encik wadie untuk menjadi usahawan didalam bidang perniagaan?

Wadie: Majikan saya telah memberi saya peluang untuk mempelari sendiri ramuan untuk bakeri yang lembut dan sedap.dan sentiasa memberi saya motivasi untuk membuka kedai sendiri dan tidak sentiasa makan gaji. Saya sampai kini tidak pasti kenapa majikan saya yang dahulu sangup mengajar saya resepi tersebut dan menasihati saya untuk merusahakan nya sendiri.

Saya: Apakah rancangan perniagaan encik wadie?

Wandie: Rancangan perniagaan saya ialah untuk mencapai matlamat, objektif yang telah saya teteapakan supaya dengan perniagaan saya ini selain deripada membantu ekonomi keluarga saya ia juga depat memberi peluang perkerjaan kepada penduduk disini.

Saya: Apakah matlamat encik wadie didalam pernigaan?

Wandie: matlamat saya didalam perniagaan adalah supaya perniagaan saya berkembang didalam menhadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, menggunakan peluang yang ada serta dapat menhadapi risiko yang tidak pasti dan dapat meyakinkan pembekal, pelanggan serta pemiutang dan pemodal bahawa pernigaan saya ini mempunyai potensi untuk maju.

Saya: Pernakah encik wadie mengalami kerugian didalam perniagaan?

Wadie: Saya pernah mengalami kerugian tidak banyak. Cuma balik modal dan tidak mendapat keuntungan. Saya mendapat bantuan daripada abang saya untuk memberi pinjaman untuk saya membayar gaji perkerja. Untung rugi adalah perkara biasa didalam berniaga.ibarat air pasang surut.

Saya: Bagaimana encik wadie memperolehi dan berapa modal perniagaan?

Wadie: Saya menggunakan wang simpanan dan tidak membuat pinjaman bank ataupun mendapat bantuan daripada kerajaan. Modal bermula dari rumah sebanyak RM  5 ribu Alahamdulilah sehinggan kini barang mesin pun bertambah dengan yang terkumpul hingga kini dianggar kan bernilai rm200 ribu.

Saya: Siapakah saingan didalam perniagaan?

Wadie: persaiangan didalam perniagaan saya ini tentulah industri yang berkaitan dengan kualiti perhidmatan yamg ditawarkan dan mengambil kira saiz pasaran yang lebih besar bagi perniagaan tersebut dan daya penarik dalam indutri berkaitan.

Saya: Apakah strategi encik wadie untuk meningkatkan jualan?

Wadie: Saya akan mengunakan jualan, tempahan dan mempermosikan secara online dan memperluaskan pasaran ke semaksima yang mungkin mengikut permintaan perlanggan dan saya akan mewujudkan beberapa jawatan sebagai pengurus pemasaran yang mempunyai pengalaman untuk memastikan berjalan dengan sebaik mungkin.

Saya: Boleh terangkan carta organisasi didalam pengurusan perkerja dan kakitangan?

Wadie: Saya mempunyai lebih kurang 10 orang perkerja. Dari kelayakan akademik saya tidak menitik beratkan. Cukuplah sekadar SPM dan minat untuk berkerja dan belajar bagaiman untuk berniaga dan cara membuat bakeri.

Saya: Boleh berikan kata-kata motivasi kepada usahawan yang baru?

Wadie: Setiap dugaan dan rintangan yang dihadapi dalam mengusahakan sesebuah perniagaan adalah merupakan asam garam rencah perniagaan. Setiap dugaan itu merupakan satu pergorbanan yang harus dibayar untuk mencapai satu kejayaan di masa hadapan. Setiap pandangan dan kritikan sinis orang sekeliling sepatutnya dijadikan semangat untuk kita terus maju. Jangan salahkan mereka, anggaplah mereka masih  mentah dan ini akan memberi peluang yang lebih untuk kita  mencapai kejayaan.

Kesimpulan.

Setelah selesai temuramah bersama encik wadie mengambil masa hingga lebih kurang satu jam. Encik wandie tidak kedekut memberi ilmu didalam keusahawanan perniagaan yang telah beliau ceburi lebih kurang sepuluh tahun ini.daripada berniaga ditepi jalan dengan hanya menggunakan payung sehinggalah kini mempunyai kedai sendiri dan mempunyai kakitangan perkerja. Rumusan yang menyakinkan bahawa perniagaan encik wadie ini mempunyi potensi kejayaan yang baik atau berdaya maju yang mana ianya boleh diwujudkan ataupun patut diperbesarkan hingga keperingkat perniagaan di pasaran antarabangsa. Cadangan saya untuk en wadie adalah supaya mengambil peluang pinjaman ataupun bantuan daripada pihak kerajaan untuk mengembangkan lagi perniagaan tersecbut.

No comments:

Post a Comment