PROFIL USAHAWAN MUDA
Dimulai
dengan tutur bicara pembuka salam, kelihatan seorang usahawan muda iaitu Mohd
Syafiq Abdullah yang segak dan memaparkan penampilannya yang berkarisma. Saya
usai temubual yang asas dengan bertanyakan mengenai waktu beliau mulai berjinak
dalam keusahawanan ini. Menurut pemuda yang merupakan bekas penuntut Universiti
Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan pemasaran amat berpegang kepada prinsip
iaitu untuk menjadi seorang usahawan seharusnya mempunyai sikap
ingin tahu dan ambil tahu.
“Rasa ingin tahu adalah
sifat naluriah yang dimiliki manusia sejak lahir. Rasa ingin tahu juga
merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia. Dari rasa ini manusia
memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum diketahui sebelumnya”. Katanya, Syafiq yang merupakan Pengarah Urusan
Vantage Five Sdn Bhd amat komited dan memberikan fokus yang tinggi terhadap
perniagaan perkhidmatan yang berbentuk pengurusan acara dan perhubungan awam di
Malaysia.
*** Syafiq Abdullah ketika ditemubual di
Syarikat Perumahan Negara Berhad di Kuala Lumpur.
Berbekalkan
usaha dan kegigihan yang tinggi, Syafiq Abdullah memulakan perniagaan Atucara
Majlis (event management) dan perhubungan awam (public relation) yang didaftar
dengan nama Vantage Five Sdn Bhd, usai selepas bergraduasi di UiTM Shah Alam.
Menurutnya, atas sokongan yang padu daripada keluarga, beliau yang mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang pemasaran menggunakan wang sakunya dan dibantu
dalam bentuk kewangan oleh keluarganya yang tercinta.
“Ketika
itu, Vantage Five hanya beroperasi di rumah saya, dan saya sentiasa komited untuk
mencari klien menerusi internet dan panggilan telefon. Setelah mendapat
kepercayaan, saya membuat pinjaman bank untuk memajukan dan mendaftarkan
Vantage Five”.
Tambahannya
lagi, adat sebagai seorang usahawan adalah beliau pernah gagal dan hampir kecundang
dalam melakukan kariernya sebagai usahawan.
“Saya
pernah gagal dan saya hampir putus asa. Namun, apabila memikirkan tentang masa
hadapan, saya tidak akan sewenang-wenangnya rebah. Kegagalan sebenarnya adalah
guru yang terbaik dalam kehidupan”.
Masakan
tidak, Vantage Five Sdn Bhd yang kini semakin dikenali sebagai sebuah syarikat
yang mengemudi atucara syarikat terbesar di Malaysia seperti Felcra,
Kementerian Pelancongan Malaysia, ASEAN, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional dan banyak lagi. Menurut Syafiq, kakitangan Vantage Five Sdn Bhd
adalah di kalangan mereka yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam
pengurusan atucara, periklanan, perhubungan awam, pemasaran, promosi dan
komunikasi korporat.
Kesinambungan
daripada kisahnya yang pernah gagal sebagai seorang usahawan, Syafiq mempunyai
kecekalan dalam memajukan dirinya dan melakukan strategi dalam perniagaan.
Menurutnya, pada ketika itu beliau melihat bidang
keusahawanan di Malaysia sangat berkembang hasil daripada bantuan pelbagai pihak
yang tertentu dalam memberi ruang kepada usahawan untuk menyertai aspek
keusahawanan ini. Jika dilihat peranan kerajaan amat penting dalam melahirkan
usahawan yang berjaya yang mempunyai latar belakang pendidikan keusahawanan
melalui bantuan sama ada dari segi kewangan dan khidmat nasihat kepada yang
berminat menjadi usahawan. Oleh itu, beliau turut melibatkan diri dalam
program-program usahawan yang diadakan oleh pihak kerajaan dan memohon dana
bantuan kewangan untuk memajukan perniagaan atucara majlis di Malaysia.
Menurut Syafiq, antara badan-badan
bantuan kewangan yang sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada usahawan
baru dan usahawan muda adalah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah
menyediakan modal yang besar untuk membantu para usahawan terutama usahawan
Bumiputera. Tambahannya lagi, sebagai seorang usahawan seharusnya mempunyai
kesediaan kerana ianya dipengaruhi oleh nilai utiliti kemahiran dan pengetahuan
yang dicari yang mendorong mereka untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran
yang dianggap berguna kepada diri dan perniagaan mereka. Dengan penguasaan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan maka keyakinan dan efikasi kendiri
akan meningkat dan seterusnya menyebabkan mereka bersedia untuk melakukan
sesuatu.
Syafiq Abdullah turut menegaskan
bahawa, sebagai seorang usahawan perlu mempunyai motivasi yang tinggi. Motivasi
ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk berjaya atau untuk mencapai
sesuatu. Menurutnya lagi, motivasi juga boleh dikatakan sebagai rancangan untuk
kejayaan seseorang atau rangsangan untuk mengelakkan diri daripada kegagalan.
Seseorang itu dikatakan telah memperoleh kekuatan untuk mencapai kecemerlangan
dalam hidup sama ada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya.
1.2
Kejayaan Syafiq Abdullah sebagai Usahawan Muda
Syafiq
Abdullah merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja,
cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh dengan prinsip yang
dipegang olehnya iaitu ‘kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang
dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan’.
Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan
perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.
Apabila
mengakses laman sesawang www.vantagefive.com, akan dapat menyingkap betapa berjayanya
perusahaan pengurusan majlis yang dikendalikan oleh Syafiq Abdullah. Hal ini
kerana, klien utamanya yang terdiri daripada Kementerian Pelancongan, Sapura
Kenchana, UiTM, PTPTN, UPM, Yayasan Al-Bukhary dan banyak lagi. Antara klien-klien
Vantage Five Sdn Bhd adalah seperti berikut ;-
Tambahan
pula, kejayaan yang dimiliki olehnya adalah hasil daripada kerjasama kakitangan
Vantage Five dan sokongan daripada keluarganya. Menurutnya, sebagai usahawan seharusnya mengambil risiko
memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan
mengusahakannya. Syafiq juga menegaskan bahawa usahawan juga adalah seorang
pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke
atas perniagaan tersebut. Oleh itu, ia menanggung risiko perniagaan.
“Sebagai usahawan seharusnya mempunyai
wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah
seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri
dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri”.
Tambahan lagi, Syafiq Abdullah
sangat mementingkan kerajinan serta
mempunyai inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat,
menitik beratkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap pejanjian kerja,
berorientasi ke arah kecekapan, membuat perancangan yang sistematik,
menyelesaikan masalah secara kreatif, yakin terhadap keupayaan diri, ketegasan,
meyakinkan orang lain dan menggunakan strategi pengaruh.
2.0
PROFIL VANTAGE FIVE SDN BHD
Vantage Five Sdn Bhd adalah merupakan
sebuah syarikat yang berdaftar dalam kategori perusahaan pengatucara majlis dan
perhubungan awam. Vantage Five adalah
100% bumiputera dan telah ditubuhkan pada Jun 2011 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Vantage Five adalah sebuah syarikat pengurusan acara yang berjaya di Kuala
Lumpur, Malaysia. Kami merancang dan mengatur pelbagai acara daripada
acara-acara korporat, acara sosial, negeri dan aktiviti kerajaan.
Malah, Vantage Five yang diusahakan oleh Syafiq Abdullah
adalah sebuah syarikat yang sentiasa bersaing dengan pasaran yang semakin
kompetitif, dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pelanggan.
Vantage Five juga menyediakan banyak perkhidmatan dan barangan di bawah satu
bumbung yang mungkin untuk memastikan kualiti secara keseluruhan, dan memberi
setiap seorang pelanggan kepuasan yang memuaskan
dan tidak dapat dilupakan.
Tambahan pula, Vantage Five turut memberikan penawaran
dalam pembangunan kreatif, reka bentuk, pengeluaran, pementasan, hiburan
selebriti, konsert, pelancaran produk, program road show & latihan,
pemasaran perundingan komunikasi dan multimedia yang berkaitan. Secara
keseluruhannya, servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh Vantage Five
adalah dalam semua bentuk media termasuk acara langsung, siaran televisyen,
filem dan video, mencetak, pameran, paparan & pemasangan, laman web, DVD
dan teknologi interaktif lain.
2.1
Galeri
Kejayaan Vantage Five Sdn Bhd
Berikut merupakan foto-foto kejayaan Vantage Five yang diusahakan oleh Syafiq Abdullah. Antaranya adalah ;-
Kementerian Pelancongan
3.0
USAHAWAN YANG BERDAYA SAING
Ketika ditemubual, Syafiq Abdullah
turut mengatakan bahawa sebagai usahawan perlu mempunyai daya saing yang
tinggi. Menurut Syafiq, bermula dari daya saing yang tinggi selalunya akan
membuatkan usahawan berjaya menerokai bidang perniagaan yang lebih luas
seterusnya menjadi usahawan yang berjaya, Kelahiran para usahawan berskala
kecil pada asasnya ialah berpunca daripada adanya mereka yang bercita-cita
ingin memajukan diri melalui aktiviti yang boleh memberikan pulangan yang
lumayan ekoran daripada perkembangan aktiviti ekonomi setempat. Menurut Syafiq,
untuk menjadi seorang usahawan yang Berjaya mestilah menjadi di kalangan
individu yang gigih, mempunyai wawasan dan sasaran, kreatif serta optimis akan
kejayaan daripada usaha yang dilakukan. Oleh itu, kelahiran usahawan muda di
Malaysia seharusnya disambut dan dipupuk agar mereka dapat memperoleh peluang,
bersaing, mengembangkan perniagaan dan seterusnya mengagihkan semula
peluang-peluang tersebut kepada mereka yang baru menceburi keusahawanan di
Malaysia.
Tambahannya lagi, usahawan Melayu
yang berdaya saing seharusnya berteraskan kepada kecenderungan, keinginan dan
kemahuan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang turut menyumbang
pula kepada faktor kepuasan, tanggungjawab serta penglibatan secara menyeluruh
dalam menjayakan sesuatu projek. Melihat kepada konsep keusahawanan yang
diterangkan oleh Syafiq, ia meliputi ciri-ciri kebolehan, kemampuan, dan
kecenderungan untuk mencari, mengesan, dan merebut peluang-peluang perniagaan,
mengusahakan perniagaan, membuat pembaharuan serta pengubahsuaian yang
produktif yang berfaedah bagi meningkatkan daya pengeluaran dan bercitakan
kejayaan perniagaan untuk diri sendiri, masyarakat dan negara. Oleh yang
demikian, seseorang usahawan seharusnya kreatif, inovatif, dinamik dan
berkebolehan untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan untuk memuaskan
kehendak pengguna. Ciri-ciri keusahawanan dapat diukur dari segi inisiatif,
kreatif, inovatif, kebolehan menghadapi risiko dan juga orientasi kejayaan.
Syafiq juga menggalakkan supaya anak
muda Melayu seharusnya berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Hal ini kerana
kemampuan untuk berdaya saing memerlukan perancangan serta persediaan.
Keghairahan mereka yang ingin bersaing adalah lebih besar daripada pihak yang
menanti untuk disaingi. Pihak ini juga lebih yakin, lebih mantap persediaannya
dan selalunya telah membuat pelbagai percaturan awal agar segala dasar serta
peraturan dalam persaingan tersebut lebih memihak kepada mereka. Persaingan
dalam dunia ekonomi sekarang walaupun nampak lebih bebas, ianya memberikan
kelebihan kepada mereka yang mampu dan telah lama maju tetapi bukan untuk
mereka yang baru bercita-cita ingin maju. Oleh itu, seseorang yang ingin
menjadi usahawan Melayu yang berdaya saing seharusnya mampu membuat persediaan
untuk menghadapi persaingan yang sentiasa dinamik dan mencabar.
No comments:
Post a Comment