Saturday, 30 July 2016

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

NAMA AHLI KUMPULAN :

1) Mohammad Syazwan Bin Sopian 236843
2) Anandraj Udayaar A/L Thangaraj 230417
3) Ahmad Mubarak Bin Hashim 236768
4) Md Lezam Bin Nasir 235808
5) Leilani Binti Ahmad Suryanto 236823

ANAQEEM AGRICULTURE






LATAR BELAKANG USAHAWAN
NAMA: Azatul Kamarul Ariffin Bin Hassan
TEMPAT TINGGAL: Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan
ASAL: Pendang, Kedah Darul Iman
UMUR: 35 tahun
STATUS: Berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata

Tuan Kamarul ada pemilik tunggal kepada syarikat Anaqeem Agriculture yang berpusat di Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. Syarikat ini mula ditbuhkan pada tahun 2013. Syarikat beliau menjual berbagai jenis bahan input pertanian yang di gunakan untuk aktiviti pertanian. Selain itu juga, syarikat beliau ada memberikan servis nasihat dalam penggunaan bahan input dengan cara yang produktif.

Tuan Kamarul adalah keluaran dari Universiti Teknologi Mara(UITM)  yang pada ketika itu lebih di kenali sebagai Institut Teknologi Mara(ITM). Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah Beruas dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Raja Shahriman Beruas. Seterusnya beliau meningkatkan pendidikan beliau di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi di ITM. Kemudian beliau meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master Pentadbiran Perniagaan.  

PENGALAMAN USAHAWAN
Selepas tamat pendidikan, Tuan Kamarul mendapat pekerjaan di bidang lojistik dan memegang jawatan sebagai Pembantu lojistik di syarikat Seksun Precision di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Beliau bekhidmat di dalam tersebut selama 1 tahun bermula tahun 2004 hingga 2005. Selepas berkhidmat dengan syarikat ini, beliau beralih arah pula kepada bidang perladangan. Beliau berkerja di Kuala Lumpur Kepong Plantation  Sdn Bhd(KLK Plantation) dan bertugas di Ladang Changkat Asa yang terletak di Tanjung Malim.

Semasa bertugas di syarikat ini, beliau menggalas tanggungjawab yang besar dengan memegang jawatan sebagai penolong pengurus dan ladang tersebut. Beliau telah berkhidmat dengan KLK Plantation selama lima tahun bermula 2005 sehingga 2010. Tugas beliau adalah untuk merancang dan mengatur pergerakan kerja di ladang beliau dan memaksimumkan hasil. Produk utama di syarikat tersebut adalah penanaman sawit dan getah. Oleh sebab itulah beliau menggalas tanggungjawab yang besar iaitu memastikan pencapaian hasil yang tinggi dengan perancngan kerja yang produktif,

Sewaktu di ladang inilah bermulanya minat beliau untuk menceburi bidang pertanian dengan lebih mendalam. Ini kerana bidang pertanian adalah sebuah bidang yang menarik dan kurang di gemari oleh golongan belia – belia di Negara kita atas sebab suasana kerja yang kurang selesa dan tertekan. Di dalam ladang ini juga beliau mengalami kenangan pahit di mana pengalaman beliau sewaktu mengalami kejatuhan prestasi.

Semasa penyelian beliau, kawasan ladang beliau tidak mencapai sasaran hasil atas faktor faktor tertentu yang berpunca daripada kualiti sumber bahan input pertanian. Dari sinilah bermulanya minat beliau untuk mendalami ilmu berkenaan input pertanian. Beliau beralih arah kepada syarikat Bayer yang menggalas jawatan sebagai Eksekutif Pengembangan Pasaran. 

Sewaktu beliau menceburi bidang ini, beliau terpaksa mendapatkan ilmu yang sehabis mungkin dalam menguasi karier beliau. Beliau mendapatkan latihan secara tidak rasmi dengan pakar – pakar sains berkenaan dengan racun, baja dan lain – lain yang berkait rapat dengan bahan input pertanian. Beliau mengambil masa yang agak panjang untuk menguasai ilmu ini kerana bidang sains memerlukan pemahaman yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu keluaran yang berkualiti tinggi.

Beliau mendapatkan pengalaman dalam bidang ini dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi beliau di syarikat Bayer. Beliau perlu mengembangkan pasaran produk Bayer ini dengan penetapan kawasan yang telah di arahkan. Beliau mempunyai jajahan yang merangkumi kawasan timur dan utara. Tugas beliau perlu meluaskan pasaran produk ini ke serata timur dan utara.

Dengan pengalaman beliau di dalam bidang perladangan, beliau mempunyai pengaruh yang agak memberansangkan di dalam kalangan kontraktor dan pengurus – pengurus ladang baik swasta mahupun kerajaan. Beliau menggunakan kelebihan ini untuk mempromosikan produk Bayer kepada kontraktor – kontraktor dan pengurus – pengurus yang berkaitan dengan produk mereka. Di sinilah bermulanya kenaikan prestasi beliau yang memuncak apabila berjaya meluaskan pasaran ke serata timur dan utara.

Di saat ini, bermulalah kecenderungan beliau terhadap perniagaan bahan input pertanian. Beliau telah tertarik dengan perniagaan ini atas sebab ingin memberikan produk dan servis yang berkualiti kepada petani – petani, pekebun – pekebun dan ladang – ladang yang sebelum ini di monopoli oleh kaum bukan bumiputera. Beliau ingin memberikan produk dan servis kepada mereka yang inginkan produk yang berkualiti untuk mengelakkan mereka di tindas oleh pembekal yang kurang berhemah. Maka wujudlah syarikat Anaqeem Agriculture. Beliau telah meletakkan jawatan atas sebab ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penubuhan syarikat beliau.

PENGENALAN SYARIKAT
NAMA SYARIKAT                  :           ANAQEEM AGRICULTURE
NO. PENDAFTARAN             :           IP0401050-W
JENIS PERNIAGAAN            :           PERSENDIRIAN / TUNGGAL
TARIKH PENDAFTARAN      :           02 DISEMBER 2013
ALAMAT BERDAFTAR          :           NO. 2, MARGOSA D/2
                                                            SERI MARGOSA
                                                            BANDAR SERI BOTANI
                                                            31350 IPOH
                                                            PERAK
ALAMAT PERNIAGAAN        :           NO. 16, JALAN WANGSA JAYA 8
                                                            TAMAN WANGSA JAYA
                                                            35900 TANJUNG MALIM
                                                            PERAK
NO. TEL                                  :           05-4582977 / 019-6990648

Perniagaan ini telah dijalankan di atas nama : ANAQEEM AGRICULTURE
Di tubuhkan bertarikh pada : 01 DISEMBER 2013
Beralamat di : NO. 2, MARGOSA D/2 SERI MARGOSA,
                        BANDAR SERI BOTANI, 31350 IPOH,
                        PERAK DARUL RIDZUAN.
Syarikat ini di terajui oleh : AZATUL KAMARUL ARIFFIN BIN HASSAN
Syarikat ini juga telah berdaftar dengan : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

OBJEKTIF ANAQEEM BERSATU
·         Adalah untuk menjadi pembekal dan kontraktor bumiputera yang berdaya saing;
·         memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

PERMULAAN SYARIKAT
Sewaktu permulaan syarikatnya, beliau cuba mencari kawasan yang strategik untuk di jadikan sebagai pusat beliau dalam penubuhan syarikat beliau. Beliau menyewa sebuah kedai untuk di jadikan sebagai pejabat dan kedai penjualan produk – produk beliau. Perniagaan beliau ini sejenis perniagaan milikan tunggal. Maka sebarang keputusan untuk apa – apa kerja berkaitan dengan syarikat beliau boleh di berikan oleh beliau sepenuhnya kerana syarikat ini di miliki oleh beliau sepenuhnya

Syarikat beliau mengamalkan cara pendekatan dengan pelanggan. Beliau berkunjung ke ladang – ladang, kampung – kampung dan kontraktor – kontraktor untuk memasarkan produk beliau. Beliau menggunakan cara berkomunikasi yang baik dalam mendekati pekebun kecil dan orang kampong. Di dalam masa sama, beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk memperkenalkan syarikat beliau untuk meningkatkan permintaan ke atas produk – produk input pertanian yang beliau pasarkan.


Beliau menjadi sebagai orang tengah yang memasarkan produk – produk bahan pertanian daripada pelbagai pengeluar bahan – bahan input pertanian yang. Cara ini banyak di gunakan usahawan – usahawan yang berkecimpung dalam penjualan bahan – bahan input pertanian. Mereka mengambil kentungan dengan cara komisen ke atas produk yang mereka dapatkan secara borong atau jumlah yang lebih besar dengan harga yang berbeza dan murah. Melalui inilah pengusaha kedai racun atau baja memperoleh keuntungan.


PENINGKATAN PERNIAGAAN
Secara dasarnya, bahan input pertanian adalah keperluan yang berulang – ulang. Ini bermaksud permintaan ke atas bahan – bahan tersebut akan berulang dan meningkat. Namun permintaan tersebut bergantung dengan kualiti produk tersebut. Oleh sebab itu, beliau mendapatkan produk yang berkualiti daripada pengeluar – pengeluar yang berkualiti dan rekod yang baik. Ini untuk mengekalkan pelanggan yang pernah membeli produk – produk terpilih di kedai beliau. 

Selain itu juga, beliau memberikan servis penerangan atau ceramah sewaktu mempromosikan produk – produk di kedai beliau. Ini kerana beliau menggunkan sehabis mungkin penglaman beliau sewaktu bekerja di syarikat Bayer. Beliau juga memberikan servis dan tunjuk ajar kepada pembeli – pembeli produk di kedai beliau. Ini salah satu langkah dalam pengembangan dan peningkatan perniagaan beliau. Apabila pengguna produk beliau menggunakan cara yang betul, kesan daripada penggunaan produk beliau menjadi jelas dan memberi kepuasan kepada pengguna. Dengan servis ini, produk beliau mendapat kepercayaan di kalangan pengguna.
Beliau juga memberikan servis nasihat kepada pengusaha ladang untuk penggunaan produk di kedai beliau. Apabila produk beliau dapat menembusi pasaran di kalangan kontraktor dan ladang maka permintaan produk beliau akan bertambah kepada jumlah lebih besar. Setiap ladang akan melakukan kerja – kerja penyelenggaraan seperti membaja, meracun, kawalan penyakit, kawalan serangga dan sebagainya. Namun, untuk kerja – kerja ini khidmat nasihat daripada pakar di perlukan kerana setiap kerja penyelenggaraan mempunya bahan yang berbeza. Contohnya racun untuk kawalan serangga perosak. Serangga perosak yang boleh memberi kesan kepada pokok dan hasil dalam sekala besar adalah serangga ulat bungkus. Serangga ini boleh bertelur 150 biji dalam masa 2 minggu.
Racun yang dapat menghapuskan serangga ini berada di kelas pertama di mana ia boleh memudaratkan kepada alam semesta dan manusia. Khidmat beliau akan di guna pakai dalam memberi tunjuk ajar serta pemantauan untuk penggunaan racun tersebut mengikut kadar – kadar yang tertentu. Melalui ini, beliau dapat melariskan produk yang berada di kedai beliau dan dalam masa yang sama pengjualan produk beliau akan berlaku secara serentak dan dalam jumlah yang besar.   

PERSAINGAN DI DALAM PASARAN
Kedai bahan – bahan input pertanian banyak boleh di jumpai di seluruh Negara kita. Ini adalah faktor luaran yang memberi persaingan kepada beliau untuk bersaing secara sihat dalam memajukan perniagaan beliau. Persaingan ini berlaku apabila perbezaan harga yang di gunakan oleh sesetengah kedai di luar pengawasan. Majoriti pengguna kita lebih menjurus atau mengutamakan harga yang lebih murah. Di sinilah persaingannya yang boleh mempengaruhi jualan produk di kedai beliau.

Ada sesetengah pembekal yang tidak beretika membekal barang – barang tiruan untuk di jual dengan harga murah. Ini akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna terutamanya orang – orang kampung. Persaingan ini di selesaikan dengan memastikan produk beliau berada di tahap yang berpatutan harganya dan kualiti yang maksimum. Beliau akan memberi penerangan kepada pengguna tentang cara – cara mengenal pasti bahan – bahan input pertanian dengan betul. Ini adalah sebahagian daripada pengalaman beliau sewak bekerja di syarikat perladangan dan syarikat Bayer. Masalah ini tidak dapat di selesaikan sepenuhnya namun ia mempengaruhi pasaran produk di kedai beliau yang masih mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Selain itu juga, faktor dalaman juga salah satu persaing yang boleh menjejaskan pengembangan dan peningkatan sesebuah syarikat. Apa yang telah di alami oleh beliau adalah sesuatu yang di luar jangkaan di mana terjadi satu penipuan yang di mulakan oleh pekerjanya sendiri. Pekerja beliau telah berlaku pecah amanah yang boleh memberikan kerugian kepada syarikat beliau. Ini adalah satu pesaing yang boleh menggugat prestasi syarikatnya. Selain itu juga, kita perlu mendapatkan pasukan dalaman yang kuat dari segi mental dan fizikal dalam bersaing di peringkat pasaran. 

Ini kerana, jika orang dalaman kita lemah maka pasukan itu akan lemah dan sukar untuk Berjaya. Beliau mendapatkan pekerja yang telus dan amanah, berkaliber dan mempunyai minat ke atas pertanian. Beliau juga memberikan tempoh percubaan kepada pekerja baru untuk bersaing dan berusaha untuk mencapai sesuatu target dan meningkatkan kemahiran mereka dalam perniagaan ini. Melalui cara ini beliau ingin menyuntik semangat di kalangan perkerjanya untuk menaikkan semangat dalam meningkatkan prestasi kerjanya. 

RUMUSAN
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita perlu berusaha dengan keras dalam meneruskan peningkatan syarikat tersebeut. Perniagaan adalah salah satu sunnah nabi yang di galakkan di dalam islam. Namun ramai di kalangan bumiputera menyertai bidang perniagaan tetapi tidak dapat di sempurnakan dengan jayanya.

Di Negara kita, kaum bumiputera harus mengubah persepsi dan cara berfikir dalam mencari kehidupan dan rezeki. Kita tidak boleh berharap sepenuhnya kepada kerajaan untuk memberi bantuan kepada kita dalam mana – mana bidang yang diceburi dengan bimbingan latihan dan sebagainya. Kita perlu berusaha sendiri untuk mendapat apa – apa kelebihan di masa akan datang kelak.
 
Usahawan memerlukan kesabaran dalam menjayakan sebuah perniagaan. Perniagaan ada pasang surutnya dan itu adalah persaingan yang kuat untuk mempertahankan perniagaan tersebut. Kita perlukan pelan perniagaan yang lengkap dan sempurna untuk mengelakkan percangan kita lari jauh dari landasan yang sebenar. 

 Pengalaman memang penting di dalam perniagaan. Ini kerana melalui pengalaman, kita dapat mengerti cara – cara berkomunikasi dengan baik dan sempuerna. Apabila pendidikan di gabungkan dengan pengalaman maka terhasilnya sebuah kelebihan atau usahawan yang lengkap. Beliau mempunyai teori dan di paraktikkan dengan sempurna melalui pengalaman yang banyak.

Friday, 29 July 2016

DATO' ONG BOON HEE (DATO' ONG)

Temubual bersama Dato' Ong Boon Hee (Dato' Ong)




Nama  : Dato Ong Boon Hee
Umur : 45 tahun (24 Januari 1971)
Warganegara  : Malaysia
Sekolah Menengah  : Sekolah Menengah Kebangsaan Kluang, Johor
Isteri  : Datin Sam Kok Yin
Status : Berkahwin dan memiliki 3 orang anak
Adik Beradik   : 8 orang (4 kakak, 3 lelaki)
Pendidikan tertinggi  : Diploma Kejuruteraan Elektronik Fong Ka University Taiwan.
Pengarah Syarikat   : 1) Control Point
                                 : 2) Syarikat Fahad Holdings
                                  : 3) SIT (SIT2u)

Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat mendalam ialah  Dato Ong Boon Hee. Dato Ong yang berusia 45 tahun merupakan berwarganegara Malaysia. Beliau merupakan Pemegang Saham sebanyak 24 % dalam syarikat Fahad Holdings dan telah dilantik menjadi Pengarah Urusan sejak June 2013. Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang bergelar usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu. Rasa ingin tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia. Dari rasa ini manusia memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum diketahui sebelumnya.

Syarikat Fahad Holdings Sdn Bhd ditubuhkan pada 26 June 2013 yang beralamat di No 22, G22 dan G22A-G1 Jalan Perdana 6/6, Pandan Perdana, 55300, Kuala Lumpur. Pemegang Saham syarikat tediri daripada Y.A.M Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah yang memegang 75% saham, Y.M Dato Wan Ezrulnizan yang memegang 1% dan beliau memegang 24% saham. Pengarah Syarikat pula terdiri daripada 3 orang iaitu Y.A.M Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, D.Y.M.M. Sultanah Hajjah Kalsom dan beliau sendiri. Jumlah saham di dalam syarikat ini adalah sebanyak RM 5,000,000.00. Beliau merupakan penandatangan cek bagi pihak syarikat kerana Y.A.M Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah berada di luar negara dan beliau yang menjalankan perniagaan seharian syarikat. Syarikat Fahad Holdings Sdn Bhd menjalankan perniagaan pembangunan di bawah Lesen Kontraktor Kerajaan G7, perlombongan, perladangan, dan perkapalan.

Berhubung dengan perlombongan, syarikat tersebut mempunyai Lesen Pajakan Melombong di Pahang. Hasil perlombongan utama adalah bauksit. Semua urusan perlombongan syarikat adalah dikendalikan oleh beliau sendiri. Sehingga sekarang, status perlombongan di kawasan-kawasan tertentu masih di bawah syarikat Fahad Holdings Sdn Bhd. Syarikat Fahad Holdings Sdn Bhd (FHSB) mempunyai sub-contractor yang menguruskan kerja-kerja perlombongan Bauxite di kawasan Pahang. Antara kontraktor adalah Ideal Mineral Resources Sdn Bhd (IMRSB).

Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya haruslah memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang dinantikan. Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengejar kejayaan secara berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang diusahakan. Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan sepanjang mereka membina karier mereka. Bagi individu yang memasang impian untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi masih belum bersedia dan belum melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan bakal menemui kegagalan dalam penceritaan usaha mereka.

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidaklah susah tetapi jika mereka mengambil mudah mengenai disiplin mereka maka mereka akan susah untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain. Dato Ong sudah mula menunjukkan minat terhadap bidang perlombongan selepas tamat pengajian beliau di Taiwan. Semangat dan minat yang ditunjukkan oleh beliau terhadap sektor ini menunjukkan kemajuan yang ketara. Berdasarkan latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh tokoh usahawan ini, ia menunjukkan bahawa beliau juga mahir dan memiliki minat yang mendalam dalam bidang elektronik.

Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila beliau menubuhkan sebuah syarikat peralatan elektronik bernama Control Point Sdn Bhd  yang menjalankan perniagaan dalam bidang peralatan elektronik, service provider, IT, automotif. Syarikatnya bertambah maju dan sifat ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan penyelidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah dipelajarinya. Beberapa langkah telah diambil oleh beliau dalam memenuhi rasa ingin tahunya itu. Beliau banyak belajar dari syarikat yang berada dalam aliran yang sama dengannya.

Dato Ong merupakan seorang tokoh usahawan yang telah mengecapi kejayaan dalam bidangnya dengan cemerlang. Walaupun sebelum ini Dato Ong perlu menghadapi cabaran, dugaan dan halangan, ia bukannya sebab untuk berputus asa. Beliau bersikap proaktif dari permulaan perniagaannya apabila mengambil peluang untuk membuka perniagaan elektronik dan perlombongan yang pada zaman itu, perniagaan sedemikian tidak diterokai dengan meluas. Sikap proaktif tersebut telah membuatkan perniagaan beliau berkembang maju hingga berupaya untuk membuka kilang pembuatan alat penggera keselamatan dan sebagainya. Sikap proaktif ini perlulah dicontohi oleh usahawan-usahawan yang sedang mengorak langkah dalam bidang perniagaan.

Usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

Dato Ong menunjukkan ciri-ciri tokoh usahawan yang berjaya mengambil peluang adalah dengan menjadi Pemegang Saham di Syarikat SIT dimana syarikat tersebut merupakan syarikat yang dimiliki oleh kawannya. Syarikat tersebut menjalankan perniagaan dalam bidang elektronik maka Dato Ong mengambil kesempatan dengan membekal barangan elektronik yang dikeluarkan oleh syarikatnya Control Point kepada syarikat SIT. Beliau juga mencuri peluang menjadi salah seorang Pemegang Saham dalam syarikat tersebut.

Budaya terbuka atau berfikiran terbuka ialah konsep di mana pengetahuan hendaklah disebarkan secara bebas atau terbuka. Usahawan yang berfikiran terbuka seperti ini akan sentiasa terbuka mindanya. Usahawan akan mengunakan idea dari diri sendiri dan berfikiran bebas untuk menjayakan lagi perniagaannya. Dato Ong mempunyai ciri budaya terbuka. Disebabkan itu, beliau berfikiran terbuka untuk menghasilkan peralatan alat elektronik di negara ini. Walaupun semasa itu, peralatan tersebut tidak mendapat sambutan yang hangat kerana orang tempatan tidak berminta dengan produk keluaran tempatan. Dengan usaha beliau, kini produk beliau terlaris di pasaran dunia dan Malaysia, bukan lagi sekadar peralatan elektronik malah banyak lagi produk lain turut dihasilkannya.

Komitmen yang diberikan oleh Dato Ong dalam perniagaan ini lama kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian ini. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Fahad Holdings dimana  Y.A.M Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, D.Y.M.M. Sultanah Hajjah Kalsom telah memberi amanat yang besar kepada beliau untuk menguruskan perniagaannya secara menyeluruh.

Selain itu, beliau juga seorang usahawan yang bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan usaha teroka yang diceburi. Beliau bertanggungjawab di atas kejayaan atau kegagalan usaha teroka yang dilakukan. Sifat tanggunjawab yang ada pada beliau ini menjadikan beliau orang yang beretika. Beliau mempunyai tanggungjawab dan beretika terhadap pihak-pihak tertentu yang mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan mereka. Dato Ong bertanggungjawab terhadap pelanggan, pembekal, rakan kongsi, pemegang syer, masyarakat dan negara.

Tambahan lagi, Dato Ong juga seorang usahawan yang giat mencari maklumat. Baliau mempercayai maklumat diperlukan oleh seseorang usahawan dalam setiap peringkat usaha teroka mereka. Dengan ini beliau sentiasa mencari dan peka kepada maklumat. Maklumat yang diperolehi usahawan daripada pelbagai sumber mempunyai banyak kegunaan. Beliau gemar mengumpul maklumat yang bermutu, terkini dan mencukupi untuk membuat keputusan perniagaan. Selain itu, maklumat yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian prestasi dirinya dan perniagaannya. Maklumat yang dikumpul telah digunakan sebagai maklum balas dalam usaha untuk memberi produk dan servis yang boleh memenuhi kehendak pelanggan. Dengan bermaklumat, Dato Ong mudah meluaskan pasaran, memajukan perniagaan dan menjadikan perniagaaannya lebih berdaya saing.

Dato Ong juga bersikap jujur dan menepati janji semasa menjalankan perniagaan. Beliau tidak suka tipu pelanggan dan menjual produk yang kurang kualiti. Ia menunjukkan kejujuran dan menepati janji ialah satu kualiti keusahawan yang sangat penting perlu dimilik oleh setiap usahawan. Sikap kejujuran membolehkan usahawan mendapat kepercayaaan daripada semua pihak yang mempunyai kepentingan dengan mereka. Ini termasuklah pelanggan, pembekal, pekerja, bank, rakan kongsi, dan pemegang saham. Perhubungan usahawan dengan pihak-pihak tertentu akan terjejas sekiranya usahawan didapati tidak jujur dan tidak menepati janji. Tanpa sikap ini usahawan tidak akan mendapat kredit atau pinjaman daripada pembekal atau bank. Para pelanggan akan memutuskan langganan mereka. Pekerja pula hilang kesetiaan mereka kepada usahawan. Ini seterusnya memberi kesan negatif terhadap diri usahawan dan perkembangan perniagaannya.

Selain itu, Dato Ong juga menitik beratkan mutu kerja yang tinggi. Beliau mempercayai bahawa beliau dapat menghasilkan produk atau servis yang bermutu serta mendapat kepuasan daripadanya. Sikap menitik beratkan mutu kerja yang tinggi menjadikan beliau lebih berdaya saing di samping meningkatkan lagi prestasi serta imej perniagaan dan diri beliau.

Usahawan tidak mudah menuding jari kepada sesiapa jika berhadapan dengan kegagalan seperti mana Dato Ong. Dato Ong sanggup menghadapi kenyataan jika usaha teroka beliau gagal. Apa yang dimaksudkan kegagalan bagi usahawan ialah kegagalan perniagaan mereka, bukannya kegagalan usahawan. Ianya dapat dinyatakan apabila pada sesuatu ketika dahulu Dato Ong telah mengalami kegagalan dalam perniagaan sehingga menyebabkan kerugian 4 juta ringgit tetapi beliau tidak berasa sedih, terkejut, lemah dan tertekan sebaliknya terus berusaha mencari peluang. Jika usaha teroka gagal, bukan bereti usahawan terus gagal selama-lamanya. Bagi beliau, setiap kegagalan dan kesilapan itu adalah pengalaman baru untuk usahawan.

Dari keupayaan mengurus, Dato Ong memang mahir menguruskan perniagaanya. Dato Ong berkebolehan untuk merancang, mengorganisasi, mengarah dan mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan dengan berkesan. Beliau berkeupayaan menguruskan sumber-sumber organisasi untuk mencapai tujuan usaha teroka dengan cara yang lebih cekap dan efektif.

SI BUSINESS SOLUTIONS SDN BHD & SIBSOLS SI BUSINESS SOLUTION

                       Bergambar bersama usahawan –Tuan Haji Shaharani bin Ismail.


1.0    Latarbelakang Projek
Objektif projek ini adalah mengenalpasti dan mempelajari ciri-ciri Keusahawanan daripada seorang usahawan yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi.   Menganalisa kejayaan usahawan ini dapat memberikan pengajaran yang berguna dalam mengikuti Kursus Keusahawanan. Pembelajaran luar kuliah ini sangat berharga kerana ia memberikan gambaran praktikal sebenar dalam mengharungi dunia keusahawanan.
Segala ilmu yang diperolehi dalam tugasan ini dan digabungkan dengan apa yang dipelajari dalam kuliah, diharapkan dapat memberi manfaat yang besar kepada pelajar dan meningkatkan ilmu bidang keusahawanan itu sendiri.

2.0    Kaedah Kajian
Kaedah kajian berikut adalah dipilih untuk kajian:
1.    Mengenal pasti usahawan yang sesuai
2.    Mendapatkan persetujuan usahawan untuk ditemu bual
3.    Temubual dengan Usahawan
4.    Membuat rumusan yang bersesuaian dengan eviden yang diperolehi

3.0    Pemilihan usahawan

Beberapa kriteria telah ditentukan dalam memilih usahawan yang akan dikaji. Antara kriteria pemilihan adalah;


1. Bumiputera
2. Telah stabil dalam perniagaan dan berdaya saing
3. Memahami objektif kajian dan sudi memberi pandangan yang membina
4. Mempunyai latar belakang yang unik untuk dikongsikan

4.0    Usahawan yang dipilih.
Kajian dijalankan terhadap seorang usahawan yang pada awalnya menceburi bidang Teknologi Maklumat dan kemudian mengembangkan perniagaan ke bidang yang lain.   Berikut adalah maklumat berkenaan usahawan yang dipilih.
Nama             : Tuan Haji Shaharani bin Ismail
Umur              : 50 Tahun
Akademik      : i) Masters in Science (Information Management)
ii) Bachelor in Business Administration (Honors)
Nama Syarikat:         i) SI Business Solutions Sdn Bhd
                                    ii) SIBSOLS SI Business Solution

5.0    Latarbelakang Usahawan
Beliau berusia 50 tahun merupakan lulusan Master in Science juga memiliki ijazah Bachelor in Business Administration dengan majoring di bidang Pengurusan dan Pemasaran.   Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2008 dan sebelum itu mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat antarabangsa antaranya:-
1.    Shell Malaysia Trading Sdn Bhd – selama 5 tahun (1991-1996).  Bertugas sebagai Eksekutif Pemasaran dalam Sektor Minyak Pelinciran
2.    IBM Malaysia Sdn Bhd – selama 3 tahun (1996 -1999).  Beliau menjawat tugas sebagai Business Manager dalam sektor penganggkutan.
3.    Microsoft Malaysia Sdn Bhd – selama 4 tahun (2000 – 2004).  Di Microsoft beliau adalah Business Manager bertanggung jawab dalam jualan bagi sektor Awam
4.    Stratus Technologies Private Limited – selama 4 tahun (2004 -2008).  Bertugas sebagai Pengurus Negara (Country Manager) beliau bertanggung memulakan perniagaan Stratus di Malaysia dan memastikan penjenamaan Stratus diterima di Malaysia.
5.    Usahawan (2008 sehingga kini).  Beliau menguruskan dua perniagaan iaitu berkaitan Teknologi Maklumat dan Insurans.

6.0    Maklumat perniagaan
Beliau memiliki dua jenis perniagaan, SI Business Solutions Sdn Bhd dan SISOLS SI Business Solution. Maksud SI adalah merujuk kepada nama beliau sendiri iaitu Shaharani Ismail.

6.1       SI Business Solutions Sdn Bhd
Ini adalah syarikat yang menjalankan perniagaan perkhidmatan teknologi maklumat.  Ditubuhkan pada 2008 dengan seorang kakitangan telah berkembang kepada 15 kakitangan.  Syarikat ini menjalankan perkhidmatan integrasi sistem dan mempunyai pelanggan seperti; MARA, UniKL, Tabung Haji, Matrade dan beberapa organisasi besar yang lain.
Syarikat ini juga mendapat pengiktirafan Microsoft Malaysia sebagai “Business Partner” dan menerima sokongan teknikal dan bantuan konsultansi yang diperlukan.
Perkhidmatan yang ditawarkan adalah:
                        i. Perkhidmatan integrasi sistem (system integration)
ii. Perkhidmatan membina perisian (software development)
iii. Perkhidmatan infrastruktur teknologi maklumat
iv. Perkhidmatan pembangunan pengkalan data (database
    development)

6.2       SIBSOLS SI Business Solutions
Syarikat ini menjalankan perniagaan Insurans Takaful Etiqa dan beroperasi sejak tahun 2010. Menyediakan perkhidmatan insurans pemotoran dan insurans am, perniagaan ini mempunyai dua orang kakitangan sepenuh masa.

7.0    Carta Organisasi Perniagaan




8.0    Ciri-ciri Keusahawanan

Beliau merupakan anak tunggal daripada ibubapa yang merupakan kakitangan kerajaan.  Beberapa ciri keusahawan yang dapat dikesan terdapat pada diri beliau dapat dilihat sejak dari bangku sekolah / universiti lagi.
Antara ciri keusahawanan beliau ialah:-
           
1.    Pengalaman.  Setelah menimba pengalaman yang mencukupi dengan beberapa syarikat antarabangsa dan mempunyai latarbelakang akademik dalam bidang pengurusan perniagaan, beliau memang berkelayakan untuk mengurus dan mengembangkan perniagaan.  Pengalaman telah mengajar beliau untuk membuat perancangan dan pengurusan perniagaan yang effisien.

2.    Kepimpinan.    Di sekolah beliau aktif dalam persatuan dan pernah menjawat jawatan sebagai Drum Major pancaragam sekolah di samping memegang jawatan Bendahari, Setiausaha dan berbagai jawatan dalam persatuan sekolah.  Beliau dan rakan-rakan juga menubuhkan kelab Squash di sekolah yang mana berterusan hingga ke hari ini.

Beliau juga aktif semasa di universiti dan telah juga menjadi Drum Major pancarangam universiti di samping jawatan lain seperti ; Pengerusi Urusetia Kerjaya, Naib YDP Persatuan Tae Kwon Do,  pembimbing rakan sebaya dan berbagai lagi jawatan dalam persatuan dan aktiviti pelajar.

3.  Komunikasi.  Beliau mempunyai kelebihan dalam berkomunikasi.  Pernah menjadi pembahas semasa di sekolah, kelebihan ini memang jelas apabila bercakap dengan beliau.  Segala idea dan maklumat disampaikan dengan jelas sekali.  Ini memudahkan bila berkomunikasi dengan beliau. Beliau juga menyampaikan pendapat dengan terus terang dan tegas dalam memberikan pendapat.

4.    Menghargai ilmu.  Usahawan merupakan seorang yang menghargai ilmu.  Menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat phD, beliau akan berusaha keras dalam menjayakan sesuatu.    Pelajaran adalah asset yang sangat penting kepada beliau, bukan untuk nak pangkat atau melariskan perniagaan, tetapi bagi beliau ilmu adalah untuk dimanfaatkan.   Beliau sentiasa menghadiri kursus-kursus yang berkaitan untuk menambah ilmu.

5.    Berfikiran Positif. Usahawan juga sentiasa berfikiran positif dalam apa masalah sekali pun.  Motto beliau “Tiada yang mustahil sebelum dicuba” membuat beliau sentiasa positif dalam apa keadaan.  Pernah menghadapi kemungkinan bankrap, beliau tetap yakin. Akhirnya usaha beliau mendapat kejayaan.

6.    Rajin.  Beliau bangun pukul 6.00 setiap pagi dan tidur pukul 2 pagi.  Seharian beliau bekerja tidak kira di pejabat atau di kedai kopi.  Bagi beliau tak ada masa untuk berehat dalam dunia moden.  Kemajuan teknologi membolehkan beliau bekerja di mana sahaja asalkan ada perkhidmatan internet.

9.0    Dorongan untuk menjadi usahawan
Minat menjadi usahawan timbul setelah lama bekerja dengn syarikat antarabangsa.   Mempunyai idea dan jaringan kenalan telah mencetuskan idea untuk menjalankan perniagaan sendiri.   Jaringan kenalan adalah satu elemen penting bagi usahawan yang baru.  Kenalan dapat menghubungkan dengan mereka yang dapat membantu dari aspek perniagaan, sokongan dan juga keperluan latihan dan sebagainya.  Amat penting untuk mempunyai jaringan kenalan yang besar untuk memulakan perniagaan.
Isteri adalah pendorong utama yang menyokong tindakan beliau berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan sendiri.  Mempunyai isteri yang bekerja sebagai guru juga mengurangkan risiko impak kewangan kerana isteri beliau juga membantu dalam soal kewangan keluarga, terutama pada peringkat awal.
Beliau juga terpanggil untuk menubuhkan syarikat teknologi maklumat, setelah menyedari betapa kurangnya syarikat Bumiputera yang menceburkan diri dalam bidang ini.  Penubuhan syarikat ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja bumiputera dalam bidang teknologi maklumat. 

10.0  Modal Perniagaan
Beliau memulakan perniagaan dengan berbekalkan RM70,000 hasil simpanan peribadi.  Tiada pinjaman bank dilakukan kerana tidak mendapat kelulusan bagi perniagaan yang baru dan tiada reputasi. 
Memulakan perniagaan dengan menyewa ruang pejabat di atas rumah kedai, beliau berhati-hati dalam menguruskan kewangan kerana modal kewangan yang terhad.

11.0  Pelan Perniagaan (Business Plan)

Usahawan memberitahu saya yang paling penting bagi usahawan ialah untuk merangka Pelan Perniagaan yang akan menjadi panduan bagaimana perniagaan itu akan ditadbir dan diuruskan.
Secara kasar menurut beliau, Pelan Perniagaan mestilah merangkumi aspek-aspek penting, antaranya:-

11.1. Misi dan Visi
Misi dan Visi perniagaan mestilah dinyatakan dengan jelas. Ia penting bukan sahaja kepada pemilik, juga kepada kakitangan untuk memahami apa sebenarnya tujuan perniagaan dan apa yang hendak disampaikan kepada pelanggan.

11.2. Pelan Pemasaran
Sebagai perniagaan yang bermotifkan keuntungan, pelan pemasaran yang baik diperlukan untuk menjamin perniagaan mempunyai daya saing dan dapat menjamin daya tahan perniagaan.   Sasaran pasaran (target market), promosi, pengiklanan dan penetapan harga adalah aspek pemasaran yang penting.

11.3. Pengurusan Operasi
Pengurusan Operasi hendaklah dikendalikan dengan cekap dan terancang. Kelicinan operasi adalah penting bagi menjamin kejayaan projek, terutamanya dalam perniagaan perkhidmatan teknologi maklumat.

11.4. Pengurusan Kewangan
Menurut beliau, ramai usahawan Bumiputera gagal dalam perniagaan kerana pengurusan kewangan yang lemah.  Apabila kewangan tidak diuruskan dengan cekap, operasi perniagaan akan terganggu, dan memberikan impak kepada pelanggan.  Pengurusan kewangan yang cekap dan berhemah dapat menjamin kesinambungan operasi dan melancarkan perniagaan.   Menurut beliau lagi ramai usahawan Bumiputera tidak mengasingkan akaun peribadi dengan akaun syarikat, ini merumitkan pengurusan kewangan dan operasi syarikat akan terganggu.  Bila usahawan membuat ambilan syarikat seperti ambilan daripada akaun peribadi, maka pengurusan kewangan akan lemah dan syarikat akan menghadapi masalah.

Pengurusan kewangan adalah sangat penting bagi menentukan kemajuan perniagaan.  Ia perlu diuruskan secara professional dan berhemah bagi memastikan kewangan syarikat adalah stabil dan mantap.  Apabila pernigaaan berkembang pada tahun-tahun berikutnya, beliau telah menambahkan modal ke dalam perniagaan sehingga mempunyai modal berbayar RM500,000.

           11.5. Analisa pesaing.
           Beliau mengenalpasti pesaing-pesaing beliau untuk membolehkan beliau bersaing               dengan berkesan.  Pesaing juga ada kalanya dijadikan rakan perniagan dalam                      keadaan tertentu.  Ini dilakukan untuk mengekalkan kelebihan dan mengukuhkan                  kedudukan  apabila membida projek-projek teknologi maklumat.

11.6. SWOT Analisis
Stength, Weakness, Opportunity and Threat, adalah elemen-elemen yang diberikan penekanan untuk sentiasa kekal competitive.  Memahami Weakness (kelemahan) contohnya, memberikan peluang untuk membaiki kelemahan untuk terus maju.  Strength (Kekuatan) pula akan diguna pakai dengan berkesan untuk menjamin Opportunity (peluang) akan menjadi kejayaan dengan mengenepikan Threat (halangan).

12.0  Cabaran-cabaran yang dihadapi

Beberapa cabaran yang telah dihadapi oleh beliau adalah seperti berikut:-

1.   Modal.  Modal merupakan cabaran paling besar. Sebagai sebuah syarikat yang baru hendak memulakan perniagaan, tiada bank yang sudi untuk memberikan pinjaman.  Ini adalah kerana syarikat tiada rekod perniagaan dan tiada cagaran untuk membuat pinjaman. Modal sendiri sebanyak RM70,000 sebenarnya adalah sedikit berbanding dengan bidang yang diceburi. Di masa kini modal telah ditingkatkan ke RM500,000

2.    Reputasi syarikat.  Syarikat yang dimulakan pada 2008 tidak mempunyai reputasi dan amat sukar untuk meyakinkan pelanggan. Syarikat mengambil masa selama lebih kurang 8 bulan untuk mendapatkan projek yang pertama. Di waktu ini, pengurusan syarikat amat berhati-hati dalam perbelanjaan operasi dan mengamalkan perbelanjaan sangat berhemah.

3.    Keperluan Latihan. Teknologi maklumat amat cepat berubah dengan teknologi dan pendekatan baru. Latihan perlu dihadiri untuk mempelajari teknologi baru.  Kos latihan bukanlah murah dan bagi syarikat yang baru.  Penyertaan sebagai “Business Partner” dengan syarikat perisian Microsoft telah dapat memudahkan proses latihan, di mana Microsoft telah membantu dengan menyediakan latihan percuma dan latihan yang diberikan subsidi.

4.    Pemasaran.  Sebagai sebuah syarikat yang kecil, amat sukar untuk mengadakan aktiviti pemasaran kerana modal yang terhad.  Syarikat tidak dapat mencetak poster atau banner mahupun kemeja-T.  Syarkat tidak mampu memberi cenderahati kepada pelanggan seperti syarikat besar yang sudah mantap.  Setiap kali musim perayaan, syarikat menghadapi masalah dalam menyediakan hamper untuk pelanggan, kerana kos yang amat tinggi.

5.    Kurang penglibatan Bumiputera.  Beliau menghadapi masalah dalam mengambil kakitangan Bumiputera kerana kekurangan mereka yang berkelayakan.  Ramai graduan IT bumiputera lebih gemar menjadi penjawat awam.  Graduan IT yang bekerja di bidang swasta pula lebih menderung menyertai syarikat yang sudah terkenal dan syarikat yang lebih besar.  Ini menyebabkan beliau sukar mendapatkan kakitangan Bumiputera.

6.    Lantik henti kakitangan (staff turnover).  Kakitangan yang sudah dilatih dan setelah menimba pengalaman akan meminta gaji yang tinggi atau mendapat tawaran yang lebih baik daripada syarikat yang lebih besar.   Syarikat tidak dapat memberikan kenaikan gaji yang diminta dan tidak dapat menghalang pekerja daripada menerima tawaran dari pihak yang membuat tawaran.  Kerap kali syarikat terpaksa mengambil kakitangan baru, yang baru habis belajar (kerana ingin menjimatkan kos gaji – gaji mereka rendah) dan akan menyediakan latihan yang diperlukan.

7.    Kos overhead yang meningkat.  Kos elektrik, sewa bangunan dan gaji yang setiap tahun meningkat adalah overhead yang meningkat secara mendadak. Kos-kos lain seperti elaun perjalanan, kos lebih masa (overtime) juga menyumbang kepada peningkatan kos overhead.

13.0  Perkembangan Perniagaan
Pada tahun 2010 beliau telah mempelbagaikan perniagaan dengan menceburi bidang insurans.  Beliau telah menduduki peperiksaan untuk mendapatkan lesen bagi menjadi agen insurans Takaful Etiqa.  Perniagaan ini agak mudah dijalankan dengan hanya mengaji dua orang kerani.   Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insurans permotoroan dan insurans am.

14.0  Bantuan Kerajaan / Insentif
Beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan kewangan atau teknikal daripada agensi kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan usahawan.  Salah satu sebab ialah kerana beliau tidak mahu terlibat dengan karenah birokrasi dan terikat dengan terma-terma yang ketat.  Menurut beliau bantuan kerajaan adalah terhad dan memakan masa yang lama untuk mendapatkannya.

15.0  Harapan
Kajian mendapati ramai graduan yang menganggur dan ramai juga yang diberhentikan kerja akibat keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan. Beliau berharap agar ramai Bumiputera yang menceburi bidang perniagaan dengan mencari bidang yang benar-benar sesuai untuk diceburi secara serius.   Beiau menasihatkan agar mengkaji dengan teliti bidang yang hendak diceburi dengan mendapatkan nasihat daripada agensi seperti MARA, Smidec dan sebagainya.